Monday, September 28, 2009

Diam

Diam sbnrnya tbhagi kpd 2. Sapa tau??? Haha..suma xtau kn. Ni aku nk habaq mai.

Diam yg pertama ialah diam tndanya stuju. Kita kn slalu dok tgk klu org laki mai msuk mminang, klu kta tgk pmpuan tu diam,tndanya stuju la tu..haha..sbb pa kita kta klu pmpuan diam tndanya stuju ek?? Mengikut kpla otk aku la kn, aku rsa pmpuan tu malu nk ngaku yg dia stuju. Sbb tu dia diam ja. Klu dia xstuju, kompom dia akn bantah supaya dia xjd kwin ngn laki yg dia xbkenan tu kn..hehe..terer gak aku ni..haha. Klu cmtu, bek aku pinang pmpuan bisu ja. Dh mmg kompom2 dia diam pny la. Diam tndanya stuju..haha. Eish aku ni. Xbek ngata kt org cmtu. Ampun ya. Astaghfirullahal'azim...

Kemudian, diam yg kedua ialah diam utk m'jwb p'soaln SI BODOH!!!!!!!. "Assukut huwa jawabu 'ala ahlil jahal". Bnda ni aku mls nk hurai pnjg2. Spa yg phm tu, alhamdulillah. Spa yg xphm, dok mrangkak nk cari jwpn tu, pi la tnya org yg lbey arif tntg bnda ni. Mcm tnya ustaz ka. Klu aku hurai nnt tkt jd kontroversi plak. Al-maklumlah, bkn sorg ja yg dok bca blog aku ni, rmai org yg dok bca. Tkt nnt depa tafsir pelik2 plak. Tp xpa, klu depa salah tafsir tntg aku, aku diam je la..hahaha..

Sbnarnya la kn, diam ni ada mcm2 hikmah. Klu kita diam, ada x kita kcu org len? Xdak kn.. Byk bnda yg dpt rehat klu kita diam. Contohnya, mulut kita. Bila kita diam , mulut kita bckp x? Xckp kn. Tu yg mulut kita dpt rehat tu.Apa lg ye..emmm, ha.. dpt elak kita dr wat byk dosa. Bila kita byk bckp, maka byklah salah kita. Apa bnda yg salah tu??? Bnda yg salah tu ialah bnda yg kita smpaikn kt org la. Bila kita crita, msti ada bnda yg kita tokok tmbah pnya. Klu org len dgr crita tu,msti dia akn ubh ckit crita tu bla dia nk crita kt org len. Ala,mcm kita wat game telefon berkarat. Lma2, bla smpai kt org yg last skali, msti crita tu btkar jd mcm len. Pastu, diam ialah ibadah tanpa suara. Kita dok relax ja la. Dpt pahala free..haha..

Dah la. Aku pun dh xlrt nk tulis pnjg2. Nk tdola. Esk ada dscussion plak..huhu. K la, tata... :)

Sunday, September 20, 2009

Bagaimana Diri Dicntai??



FITRAH kehidupan, manusia memiliki sifat-sifat yang dikagumi sehingga membuatkan diri mudah didampingi dan disanjung tinggi oleh insan lain. Setiap perkara yang ditempuhi dalam rutin kehidupan mematangkan fikiran. Dengan tutur kata yang sopan, bijak berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang matang, sememangnya menjadi pakej diri kamu disenangi ramai. Kongsi tip agar diri mudah dicintai.

* Positif
Menerusi buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne, setiap perkara baik seharusnya bermula dengan sikap positif. Mula berprasangka baik terhadap insan lain sehinggalah membuatkan diri kamu sentiasa berfikiran positif walau apa jua perkara yang dilakukan. Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu.

* Ceria
Berada berhampiran dengan orang yang memiliki sifat periang sememangnya membuatkan diri kamu lupa sejenak bebanan masalah yang bersarang di kotak fikiran. Kehadiran si penceria senantiasa dinanti-nantikan. Di saat kamu tersenyum, tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilang stres. Jadi, sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria.
* Ramah
Saat bertemu dengan insan yang baru dikenali, mereka yang memiliki sikap ramah tidak akan berasa ragu untuk melemparkan senyuman mahupun menyapa. Sikap ramah biasanya mendatangkan kesan positif kerana ia akan membuatkan orang yang bersemuka dengan kamu berasa dirinya diterima dan dihargai. Jangan ragu untuk mengawal interaksi dengan orang lain. Mula berlatih berbicara secara langsung menerusi talian telefon dengan orang lain, jika impikan keramahan itu.

* Ringan tangan
Kualiti seorang rakan akan dinilai menerusi bantuan yang dihulurkan. Jangan menunggu permintaan seseorang dalam mengharapkan bantuan. Jika berada dalam posisi tersebut, kamu tentunya mudah menawarkan bantuan saat mereka memerlukan.
* Rendah hati
Berbeza dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk.
* Percaya diri
Orang yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya nyaman dan tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau orang-orang di sekeliling. Itu bermakna, aura tenang akan terpancar dari dalam dirinya sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang memiliki sifat serupa dengan yang lain. Jadi, jangan ragu untuk menampilkan keunikan diri kamu itu.
* Pemaaf
Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang. Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman. Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.

* Jujur
Kata orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya teman kamu hobinya adalah bohong. Selain akan menimbulkan salah faham, ia juga akan merugikan orang lain. Maknanya, jangan hairan apabila orang jujur dicintai semua orang.

****Orang yang dicintai adalah peribadi yang disenangi, dirindui dan membuatkan orang lain bahagia saat berada di sisinya. =)

Friday, September 18, 2009

Assalamualaikum wbt....

Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang
dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan
akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita
di dalam kubur.

3 - Takbiratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di
dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Rukuk :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar
ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian
SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh
Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang
Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah
sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram
sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu
yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik
manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Petua Turun Temurun

· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik,
cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan
langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri.
Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'.
Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita
mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah
SWT dengan dzikir dan do'a.

· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman.
Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa
bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii
Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah
memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR
Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat
Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain,
tidak menyombongkan diri atau takabur.

· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan
berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat,
lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.
Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan
air putih.

· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.
Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Tanda2 Kematian

Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Saling berpesan2lah sesama kita .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...