Sunday, October 24, 2010

Koleksi Cerita Lawak 1

CERITA 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tak berapa nampak, aku cari jalan mudah - follow kereta depan, tiba-tiba kereta tu emergency brake, aku sondol belakang keretanya, aku turun dalam hujan lebat dan marah
pemandu tu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak hairan kerana dimarahi dalam garaj kereta rumah dia .. aku blahhh.

CERITA 2
2 ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina cukup. Anjing A training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal dr anjing A, sempat makan lagi. Nak tahu kenapa ??.. sebab anjing B adalah ANJING LAUT

CERITA 3
Seorang guru sedang mengajar di bilik darjah. Guru: Ali, m.a.k.a.n bunyinya apa?
Ali: makan cikgu!
Cikgu: Bagus Ahmad pula L.E.M.B.U bunyinya apa?
Ahmad: Mooooooooooo ...... Guru: *#***%%%#! #####...

CERITA 4
Atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah "Atok buat apa tu"
"Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
atoknya terlopong tak reti nak menjawab.

>CERITA 5
Romantik betul atuk dan nenek tu makan ayam goreng. Atuk makan manakala nenek asyik pandang saje. Rupanya nenek tunggu gigi palsu yang atuk guna. (mereka bergilir-gilir ikut giliran)

CERITA 6
Pada suatu hari, Pak Pandir bersiar-siar, sampai di satu lorong, dia terkejut lalu melompat..lalu dia menoleh ke belakang dan terpandang satu objek hitam lantas dia menghampirinya ... sambil membelek objek tersebut, 'macam tahi" katanya dalam hati...dengan rasa tidak puas hat i... dia mencubit sedikit dan merasanya ... ehmm tahi betul rupanya ... "mujurlah aku tak terpijak" katanya sambil berlalu pergi ...

CERITA 7
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba terlepas, jatuh dan berwarna putih, takut dipanggil
penipu, penjual berkata "Tadi merah, pasal jatuh tu la, dia takut jadi pucat dan putih"
makcik tu pun baling kat muka si penjual.

CERITA 8
Sebuah helikopter yang membawa 3 penumpang, juruterbang beserta 2 orang kenamaan, jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi al-Fatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoal siasat ..
Polis: Cuba ceritakan apa yang terjadi untuk memudahkan siasatan.
Juruterbang:Mm..entahlah ..tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya rasa sejuk sangat. Jadi, saya matikan kipas. Sedar-sedar, saya kat hospital ......

CERITA 9
Ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang '2' dan kemudian butang '4', manakala saya plak menekan butang '18' untuk ke tingkat 18. Lift pun naik la dan berhenti di tingkat '2', tp wanita tu tak keluar. Kemudian lift berhenti pulak di tingkat '4', tp wanita tu pun tak keluar juga dan lift pun mula naik. Maka bertanyalah saya kpd wanita tu, "akak(sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.." "ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba.."tp td akak tekan butang '2' dan '4'" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah akibatnya kalu terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru kepala...

CERITA 10
Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. "Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya". "Laa ... kenapa kamu tidak membeli dua komputer" sahut temannya.

CERITA 11
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur.. hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan. "Susan, isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah." "Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah. "Tidak ada yang perlu diakui," jawab Susan dengan bersedih. "Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis. "Tidak, saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu." "Saya tahu... ," jawabnya. "Kerana itulah saya meracuni kamu... "

CERITA 12
Pada suatu Hari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerana tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah² belaka.. jd, bapanya membanding²kan anaknya dengan anak jirannya yang cerdik dan pandai... bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah². dia anak yg cerdik.. tak macam kamu, malas betul.. " kerana kesal dibanding² si anak menjawab: "yelaaaa bapa... anak jiran sebelahkan bapanya cerdik...bapa??"

CERITA 13
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. Setelah pesanan sampai, mereka masing² keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. Pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, "Maaf encik, anda tidak dibenarkan memakan sandwich anda sendiri di sini!".. maka dua org sahabat itu berpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich memasing..

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...