Tuesday, November 30, 2010

Kesihatan Dari Sudut Perspektif Islam


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt
membuat amalan:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya
sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap
kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita
boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.

2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air
sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya
InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur
(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas
membaca doa).Ia boleh mengelak dari sakit pening atau
migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat
kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli
sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara
dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.
Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang
berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan
darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah
menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan
cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis
yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi
ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam
suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak
balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan
usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan
dan bila habis hendaklah menjilat jari.tangan kanan
dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga
ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak
terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat
dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan,
tanpanya
makanan tidak hadam)

6. Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa
menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah Allah akan
menggandakan 10 kali kepadanya.

Dengarkanlah,,...buatkanlah.....katakanlah.....

1 comment:

  1. wah, betul ke mandi pagi2 tu dapat kuruskan badan?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...