Friday, November 5, 2010

Mari Kita Uji Betapa Bijaknya Anda..!!

Bijakkah anda? Ujian Dementia
Betapa cekapnya anda!!
Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, dan perlu menjawabnya dengan segera. OK?
Mari cuba , lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....
Ready? GO!!! (lihat bawah)


Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda di tempat yang ke berapa?


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!
Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterusnya. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?


Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...?


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?
Adakah anda pantas dan cerdik?


Soalan Ketiga:
Soalan yang agak bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensel atau kalkulator. Cuba lah...
Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?
Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..



~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebanar adalah 4100.
Jika anda tak percaya gunakan kalkulator.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ...

Soalan keempat:
Bapa Mary ada lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!
Okay, cuba jawab

soalan bonus:

Seorang orang bisu pergi ke kedai runcit untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan menggayakan lakonan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke kedai runcit, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati
Mudah sahaja.


HANTARKAN KEPADA BIJAK PANDAI YANG LAIN ATAU KEPADA YANG MERASKAN DIRI MEREKA BIJAK


2 comments:

  1. pening2....mna dapat soalan ni???????????/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...