Friday, December 10, 2010

Koleksi Cerita Lawak 4

Cerita 1

Pak Imam : Mat, apa khabar iman kau hari nie???

Mat : Alhamdulillah pak imam..baik2 ja..

Pak Imam : Alhamdulillah..kau jg makan dia elok-elok..makanan untuk iman ni penting..

Mat : InsyaALLAH..saya sentiasa jg makanannya..semuanya berkhasiat belaka..

Pak Imam : oo bgus la macam tu..jaga iman ko baik2..bkn senang nak dpt iman tu...perlukan pengorbanan yg besar dan usaha yg gigih..

Mat : betul sangat tu Pak Imam!!saya tersiksa tgk isteri saya semasa melahirkan iman!kesian betul!!besar sungguh pengorbanannya


Cerita 2

Ade sorang orang asli kuar ke bandar,ini kali pertama dia ke bandar menaiki motor.Sampai di satu simpang lampu isyarat lelaki td terus memandu tanpa menghiraukan lampu pada ketika itu sedang merah,kebetulan polis trafik menyaksikan kejadian itu lalu menahannya...

Polis : "Awak tau kenapa saya tahan awk?"

Orang Asli : "Saya tak tau Encik"

Polis : "Awak telah membuat kesalahan dengan melanggar lampu merah...!"

Orang Asli : Mana ade encik,kalau tak percaya mari ikut saya"(sambil berpatah balik ke lampu isyarat)

sampai aje kat lampu isyarat tu lelaki tu berkata

Orang Asli : "Tengok encik,mane lampu ni pecah,kalau saya langgar lampu merah,tentu dah pecah lampu merah ni..."

Polis : "cobaannnnnn............."


Cerita 3

Seorang lelaki sedang berjalan dengan lembunya.

Lembu. Aku makan rumput. tuan makan apa?

Lelaki. Aku makan nasi. kita tak sama.

Lembu: tuan tidur di mana?

Lelaki. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

tiba-tiba kedengaran azan.

Lembu: itu suara apa?

Lelaki: Seruan azan mengajak bersembahyang.

Lembu: tuan tak sembahyang?

Lelaki: tidak.

Lembu: samalah kita.

Lelaki: ????????????


Cerita 4

Kat Sg Petani ada satu famili... famili tu ada ayah dan mak mertua, anak dan menantu serta cucu.

Satu hari, tengah sedang menantu lelakinya tengok tv, ayah nya lalu depan dia. Tiba-tiba ayah mertuanya rebah depan dia sambil pegang dada.. kelam kabut dia ..lepas itu bini, mak mertua dia pun datang terkam..semua terkejut..semua dah gabra..sambil pegang-pegang dada... ayah mertua dia pengsan..tak sedar..lepas itu macam sedar tak sedar..

Menantu tadi gabra..mak mentua dia suruh dia ajar mengucap kat bapak dia tu sebab dia ribakan. Dia gabra jugak... lepas itu bini dia pun suruh sambil tolak2 bahu... mak dia suruh lagi... dah gabra sangat, dia pun buat..dia letak kat telinga ayah mertua dia dan dia pun cakap...

"MARROBBUKA... ." "" terkejut bini dan mak mertua dia.. tiba-tiba ayah mertua dia sedar dan terus sound.. "OII..AKU TAK MATI LAGI DEYY... '" "sambil ayah mertua dia tu urut2 dada dia..

Sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal..dia dah jadi malaikat.. huhu..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...