Tuesday, December 21, 2010

Koleksi Cerita Lawak 5

Cerita 1

Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang
dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka
adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana. Mereka bertolak semenjak
Subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak
katakan. Sesampai mereka di perhentian rehat Pagoh, mereka berhenti
melepaskan penat memandu. Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteri
pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah
berehat agak lamajuga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB.
Lebih kurang 15minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri
teringat sesuatu lalu berkata,

Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!
Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul lah, cermin mata tu pun tak boleh
nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak
cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak
dia ni.
Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala siisteri terus membisu
kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk
ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter.
Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil
cermin matanya yang tertinggal.Tetapi tiba -tiba si suami memanggilnya
semula.
Suami : Nak pergi mana?
Isteri : Nak ambil cermin mata saya lah, apa lagi!
Suami:Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak
atas meja tu!
Isteri : ???? @#%$*!?>/&$( %#@#@$%&^%*&^?>&%$#^!@~>


Cerita 2

Dua org bos besar sedang lepak2 sambil minum kopi di Coffee Bean. Bos seorang ni berkata, "Hey, awak nak tahu, saya punya driver punya lah bodoh. Kalau tak percaya, sekejap saya panggil dia". Dia memanggil driver dia dan berkata,"Ah Beng... awak ambil ini RM10, pergi kat showroom dan belikan saya Porche 911 Turbo". Ah Beng jawab,"Yes sir! Orait!!" dan terus bergegas ke showroom kereta.

Bos yang satu lagi pulak berkata,"Ohh.. tu ok lagi. Saya punya driver lagi bodoh. Leman!, mari sini kejap!!". Leman berlari ke bosnya. "Apahal tuan?".

Bosnya berkata, "Awak pergi balik rumah, check sama ada saya ada di rumah atau tidak". Leman jawab, "Orait tuan!!", lalu bergegas balik ke rumah bosnya. Bosnya berkata kepada bos satu lagi, "Tengok! Si Leman ni memang bengap. Dah tau saya kat sini, takkan lah dia tak boleh fikir yang saya ni ada di rumah ke tidak. Hahaha...".

Petang itu, bertemu lah dua org driver tadi. Si Ah Beng berkata,"Lu tau ka, gua punya bos aa... maaaaanyak bodoh lah. Dia kasi sama gua sepuluh ringgit suruh beli Porche. Dia tatak tau ka ini hari, hari Ahad. Mana kedai buka?".

Si Leman balas balik, "Hehe.. bos aku laaagi bodoh. Ada ke dia suruh aku check dia ada kat rumah ke tak. Dia ada henset, call saja lah rumah kalau nak tau sangat. Bengap betul".



Cerita 3
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil
membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah
tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka
yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni,
ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya
tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata
dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya
semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera
sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula
memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya.
Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya
yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari
tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia
takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di
depannya tanpa was-was.

"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Ahmad setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...."
Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam
sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak?
Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?"
Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya
lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang
Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia
terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja
pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la,
tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi mandi!"emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia
tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...