Friday, January 28, 2011

Bayi di China Lahir dgn Dua Wajah...

Cerita-cerita mcm ni mmg selalu menyedihkan. Ada sorg bayi lelaki nama Kangkang berumur 14bln mnghidap Moebius syndrome iaitu dia lahir dgn ptongan wjah kedua. Semua tanda swaktu hamil mnunjkkan bhwa bayi kpd Ibu muda Yi Xilian ini sihat dan normal, tp msa Kangkang lahir, kebenaran pun terungkap. Anak malang itu kelihatan sperti memakai topeng.
Tak dak spa pun yg tau apa punca msalah ni. Slalunya jadi dsbabkan jgkitan, atau penggunaan ubat-ubatan swaktu kehamilan.

Menurut sebuah sumber, ubat yg dignakn Si Ibu swaktu hamil adalah ubat anti-keguguran yang dicadangkan oleh doktor. Kos rawatan mslh ni sgt mahal. Sejak dibawa ke hospotal di Changsha smasa usia Kangkang msih 20 hari, hingga saat ini Ibu dia telah mblnjakan 300-400 ribu Yen.


Wednesday, January 26, 2011

Cuba lihat jemaah ni solat..cepatnya!..huuuu

Cuba tengok puak2 ni solat..kejadian ni mmg btul2 pernah berlaku di Indragiri Hulu, Riau..video ini dirakam pd 26 Sept 2008..depa solat punya la cepat..xsmpt nk toma'ninah aih....jom kita sma2 tgk...

Monday, January 24, 2011

[Pic] Van Jenazah Eksiden..




Entry kali ni, nk kata seram tu xdak la seram..tp nk kata xseram tu, seram la gak kn...huhu..kali ni van jenazah yg eksiden...uishhh....ada "bran" ka mau tgk?
...
...
...
...
...
.,..
...
...
...
...




Rasa2 la kn, klu ada mayat kt dlm tu, apa akn jadi eh? nsb baik siang2...klu tgh2 mlm??? eeuu....mcm kt sedutan filem Khurafat arahan Shamsul Yusof tu..mak aih, seram kot...

Sunday, January 23, 2011

Suami ibarat kain buruk!!


APALAH nasib seorang suami apabila isteri yang dikahwini atas dasar cinta bersikap ala samseng apabila sering mengungkapkan perkataan sumpah seranah seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus terhadap suaminya. Bukan saja suami, keluarga suami turut menerima nasib sama.

Lebih 10 kali juga isterinya meminta cerai selepas memulakan pergaduhan dengan alasan si suami lambat mengangkat panggilan telefon dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantarnya.

Atas alasan lambat mengangkat telefon dan membalas SMS itu juga, barangan peribadi termasuk hak milik syarikat tempat si suami bekerja, dirosakkan si isteri.

Paling memilukan si suami, pernah satu ketika isterinya mengejutkannya daripada tidur menggunakan kaki. Ikuti luahan Razman, 30, kepada wartawan Metro Ahad, ASMIZAN MOHD SAMIRAN mengenai kisah dukanya memperisterikan ‘wanita samseng’ sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Bagi membuktikan dakwaannya, Razman menghubungi beberapa ahli keluarga, rakan dan jiran supaya wartawan mengetahui sendiri kebenaran kisahnya.


“Mahligai perkahwinan kami dibina atas dasar suka sama suka. Lima tahun berkenalan membuatkan saya mengimpikan hidup bahagia dengannya. Sepanjang berkenalan hinggalah bertunang dalam tempoh itu, memang ada pergaduhan dan beberapa kali saya dimakinya, namun dia (isteri) meminta maaf dan berjanji untuk berubah.

Saya terima dia dengan hati terbuka dengan harapan dia berubah. Namun selepas bergelar suami isteri, dugaan demi dugaan menimpa saya. Hari bersanding dia sudah buat hal.

Saya dan keluarga tiba lewat sedikitpun dia menengking. Rakan saya datang dari jauh mahu mengambil gambar bersama pun dia naik angin sambil berlalu dengan jelingan benci. Malu saya dengan rakan yang hadir.

Selepas sebulan hidup bersama, saya lihat perangainya semakin menjadi-jadi. Jika saya lambat mengangkat telefon atau membalas SMS, dia mengamuk. Bukan mengamuk biasa, tetapi sampai minta cerai.

Walhal, saya bukan tidak menjawab panggilan atau SMS dihantarnya, tetapi lambat jawab kerana ketika itu bermesyuarat atau berbincang dengan majikan.

Dia tuduh saya lambat jawab telefon atau SMS sebab ada perempuan lain. Atas sebab itu dia minta cerai. Ikutkan hati saya nak ceraikan saja, tetapi saya masih waras dan sayangkannya.

Saya buat tak tahu saja dan keluar rumah seketika bagi meredakan keadaan. Apabila pulang, saya pujuk dan sejukkan hatinya, OK lah dia sikit. Namun, perangai samsengnya tak berubah.

Kalau marah, habis disumpah seranahnya saya. Perkataan seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus sentiasa diungkapkan kepada saya. Tak puas sumpah seranah menerusi mulut, dia SMS kepada saya.

Bukan saja kepada saya, tetapi juga adik-beradik dan beberapa rakan saya. Malu saya dibuatnya. Antara SMS mengatakan saya jantan tak guna, menyesal kahwin dengan saya, jangan ingat anak dalam kandungan akan menjadi milik saya dan pergi jahanam.

Saya cuba mengambil pendekatan tegas dengan menegur perbuatannya. Apabila ditegur, dia sesuka hati keluar rumah. Pernah sekali dia hilang empat hari, katanya pergi kerja, tetapi rupa-rupanya balik kampung tanpa pengetahuan saya.

Risaunya saya ketika itu hanya Allah SWT yang tahu. Saya risau sebab dia mengandung. Selepas itu baru saya sedar, ibu dan ayahnya kerap masuk campur dengan hal rumah tangganya. Saya menemui SMS daripada ibu mentua di dalam telefon bimbit isteri.

Mentua ‘mengajar’nya supaya meletakkan ‘air penawar’ di dalam makanan atau minuman saya supaya saya tunduk dengan isteri.

Lebih menyedihkan saya, satu lagi SMS ditulis ibunya menuduh saya mencuri barangan isteri untuk dibuat ‘guna-guna’ supaya isteri tunduk kepada saya.

Isteri saya bukan saja memusuhi saya tetapi keluarga saya. Sepanjang bergelar isteri kepada saya, dia tidak pernah berkunjung ke rumah mentuanya. Pernah satu ketika ketika abang saya datang ke rumah saya, isteri memaki abang saya, antaranya dengan perkataan ‘kepala mak kau aku pijak’.

Saya tidak tahu kenapa isteri membenci keluarga saya, padahal keluarga saya tidak mencampuri urusan kami. Memang abang ada beri nasihat, tetapi sekadar nasihat dan isteri tak boleh terima.

Dalam tempoh hampir setahun perkahwinan, lebih 10 kali isteri meminta cerai dengan alasan remeh, tetapi saya bersabar. Saya pernah membawanya berjumpa kaunselor, tetapi selepas tamat sesi kaunseling, saya dijadikan tempat meluahkan kemarahan.

Habis ustaz yang memberi kaunselor itu dimakinya. Dia kata ustaz bodoh dan tak layak beri kaunseling. Saya pelawanya bertemu kaunselor sekali lagi, tetapi dia dengan tegas tidak mahu lagi mendapatkan kaunseling.

Sikap samseng isteri bertambah buruk apabila pernah satu ketika dia menggunakan kaki untuk mengejutkan saya daripada tidur. Dua kali dia tolak badan saya dengan kaki saya diam, masuk kali ketiga saya tepis kakinya dan memarahinya.

Pernah juga kerana saya lewat menjawab panggilan telefon dan SMSnya, komputer riba syarikat yang saya gunakan dihempas sampai hancur. Dia SMS kepada saya: “Hahaha... aku dah pecahkan notebook (komputer riba) kau.”

Paling mengecewakan saya, isteri pulang ke kampungnya untuk bersalin dan saya hanya diberitahu ketika isteri hampir bersalin. Kelam kabut jadinya apabila saya terpaksa tergesa-gesa pulang ke kampung isteri.

Saya datang bersama abang kerana saya minta pertolongannya untuk bergilir-gilir memandu. Apabila isteri melahirkan anak kami, saya mahu mengazankannya, tetapi mentua seperti tidak membenarkannya.

Namun saya buat juga kerana bayi itu anak saya. Sedih saya dibuatnya apabila ibu mentua sengaja menunjukkan arah kiblat yang salah ketika saya mahu mengazankan anak saya.

Seperti menidakkan zuriat saya kepada bayi itu, selepas saya mengazankan anak saya, dengan segera ayah mentua mengazankannya dengan kedudukan kiblat yang betul.

Dalam keadaan selepas bersalin, isteri sekali lagi buat hal apabila menghantar SMS memaki hamun saya kerana membawa bersama abang saya, walhal abang saya tunggu di luar saja. Saya dan keluarga saya dikatakannya sial... ibu bapa saya dikatakannya bodoh dan keluarga saya lebih teruk daripada kafir.

Saya terus diketepikan isteri dan keluarganya. Saya tidak dialu-alukan bersama isteri. Ketika mendapat tahu anak saya ditempatkan di wad kerana demam kuning selepas pihak hospital menghubungi saya, cubaan saya untuk menghubungi isteri tidak berjaya.

Telefon tidak diangkat, SMS tidak dibalas selepas beberapa hari. Satu ketika isteri membalas SMS, tetapi bukan memberitahu mengenai keadaan anak saya tetapi meminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya.

Bercerita mengenai wang, isteri kini menuntut wang daripada saya yang dikatakan sebagai hutang perkahwinan satu ketika dulu.

Walhal, ketika memberi wang berkenaan, kami berjanji ia adalah wang bersama, tetapi atas rasa tanggungjawab saya cuba juga membayarnya semula sedikit demi sedikit.

Soal saya terpaksa menggunakan wangnya adalah atas kehendaknya. Saya merancang dan menyediakan untuk membuat kenduri kecil-kecilan di sebelah keluarga saya, tetapi dia mahu buat kenduri besar.

Saya tidak mahu kerana tidak cukup wang, tetapi dia memberi wangnya untuk merealisasikan kenduri yang diimpikannya. Saya akur, tetapi sekarang dia mula mengungkitnya semula.

Hampir setahun berumah tangga, saya sudah memikirkan sedalam-dalamnya untuk berpisah dengan isteri. Apa guna saya terus bersabar kerana isteri terus membuat dan melayan saya seperti ‘kain buruk’.


KERANA kecewa, Razman berkesempatan menghasilkan coretan khas buat isterinya:

Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang SMS kat member-member ofis abang cakap yang abang ni berpenyakit...
Abang sayangkan sayang
Walaupun lebih 10 kali sayang minta cerai
Abang masih sayangkan sayang
Walaupun sayang hina adik-beradik abang
Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang hina abang ada SPM saja
Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang gunakan kaki sayang untuk gerakkan badan abang
Abang sayang lagi
Walaupun sayang keluar rumah tanpa izin abang

Abang harapkan SMS ucapan kerinduan dari sayang
Ucapan kasih sayang dari sayang
Ucapan puitis cinta dari sayang
Bukan caci dan maki daripada sayang...

Sekarang hati abang dah tawar
Tawar sangat
Sayang faham maksud abang?
Takkan pasal tak angkat telefon sayang nak hantar macam tu?
Dah tu sayang kenapa hantar SMS kat adik- beradik abang?
Malu abang, malu sangat
Tapi abang sayang lagi... tapi bukan kepada sayang
Abang sayang kat anak abang yang comel itu
Bagi abang sayang sudah tak wujud di dalam hati abang

Tapi sayang jangan risau...
Allah SWT maha mengasihani...
Hari-hari lepas solat abang berdoa...
Berdoa kepada yang Esa supaya cinta abang berputik semula...
Supaya kasih abang kepada sayang bertaut kembali...
Walaupun hakikatnya abang sudah benci sayang...

Yang dikasihi,
Suamimu yang tercinta.





sumber: www.hmetro.com.my

Thursday, January 20, 2011

Nak tau tak kenapa ada poket kecil kat seluar jeans?


Jeans pertama kali dibuat di Genoa, Italia tahun 1560-an. Jeans biasa dipakai oleh angkatan laut. Seluar yang biasa disebut orang Perancis dengan “bleu de GĂ©nes“, yang bererti biru Genoa ini, meski pertama kali diproduksi dan dipakai di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, lelaki yang mencuba mencari nasib di San Francisco sebagai pedagang pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.

Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah tenda yang terbuat dari kain kanvas. Kain ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa celana dan dijual kepada para pekerja lombong emas. Ternyata mereka menyukainya kerana tahan lama dan tak mudah koyak. Kemudian Strauss menyempurnakan jeansnya dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut “Genes”, yang oleh Strauss diubah menjadi “Blue Jeans“.

Akhirnya kerana para pekerja sangat menyukai jeans buatannya ini, mereka menobatkan seluar ini sebagai seluar rasmi mereka. Para pekarjag emas itu menyebut seluar Strauss dengan sebutan “those pants of Levi`s” atau “seluar Si Levi”. Sebutan inilah yang mengawali cap dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.
Naluri bisnes Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan fabrik seluar jeans pertama. Dan produk design mereka yang pertama adalah “Levi’s 501“.
Alasannya:

Produk design pertama memang dikhususkan bagi para pelombong emas. Seluar ini memiliki 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan.
Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya. Tetapi saku kecil ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil. Meski kini jeans diproduksi dalam berbagai cap dan bukan hanya untuk para pelombongg, tetapi saku kecil itu masih tetap ada. Tentu saja sekarang fungsinya sekarang tidak lagi digunakan sebagai tempat menyimpan butiran emas.


Credit to: www.borakkosong.com

Sunday, January 16, 2011

Kod Lemak Babi Pada Makanan...


Berikut adalah senarai kod yang mempunyai lemak babi :

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904...

Wallahu a'lam....


Sumber : HPA Marketing



Friday, January 14, 2011

Proton Cobra -Concept Car-


Proton Corbra ni berdasarkan dari platform Gen.2 ye...


Lampu blkg plak mcm ok ja tp......bhgian blkg ni agak tinggi la..mcm pelik pun ada gak kn..lmpu blkg ni hasil gabungan antara Exora dan Saga BLM..
Design depan plak gabungan antara Exora dan Perdana headlamp..nmpk mcm garang ckit..sesuai la dgn nama dia -Cobra-...

[Teka-teki] BMW ke ni??huhu..





aNGan2 VS iMPian


Ok, entry kali ni bkaitan dengan beza angan-angan dengan impian..slmt mbca!!!

Angan-angan biasanya akn lahir di pemikiran kita saja..slalunya orang yg kuat angan-angan ni susah nk dpt apa yg dia nak..mcm Mat Jenin..haha...tp kadang2, angan-angan ni berguna gak kn..contohnya kerjaya seorang plukis..kna byk b'fantasi...n dia kena byk ada angan-angan supaya apa yg akan dia lukis tu akan menjadi seperti apa yg dia angan-angan..lg satu contoh yg senang ialah penulis novel dan juga pengarah filem..bukan senang kita nak pasang angan-angan mcm depa suma tu kn..tp tu la bakat depa..kita pun ada bakat gak tp ramai yg xdapat nk kenal dgn diri sndri lg..so, kna amik msa ckit la ye..ok, back to the topic..mlencong plak dh..haish...em, orang yg terlalu sangat sangat sangat angan-angan (cewahh, ngada2 gila ayat aku ni..huhu) ni kdang2 bley bwak kburukan gak..dia bley byangkn bnda pelik2..paham x dgn bnda pelik2 tu? xphm ke? ish2,,ciannya..hehe..yela,

contohnya lelaki dok angan2 dgn si aweksss ni..mula2 angan2 biasa ja..pastu mlarat la smpai ke dalam "kelambu"..opsss..i don't know anything ye..ehe..aku bukan mcm tu ye..aku cuma bg cntoh sja..jgn la dok tuduh aku bukan2!!! haha..




Next!! Impian plak..impian ni akn tjadi bila kita psang niat, ada hala tuju, ada cita2 dan matlamat...bla kita sebut ja pasal impian, dia msti wat bnda ni dgn bsungguh2...walupun org skeliling xnmpak pun ksungguhan dia..tp di blakang org lain, pndai dia cari "line"..bkan line talipon naa...dia pndai cari masa utk mncapai impian dia..bg aku la kan, aku xsuka sgt psang impian tinggi2..sbb tkut xmjadi ja..biar kita ada impian msing2..bkan hnya skadar nk angan-angan ja..impian tu biar la kita guna dgn cara dan landasan yg btol..kita jgn skali2 nk impian kita tu tcapai dgn sgera..mcm mee RUSKI..awek aku slalu mkn mee sgera tu..huhu..(iklan sbentar)...kita kna ikut step by step..ok? don't gopoh2 ye...nnt kena jual...

wlaubgaimana pun, kita ada impian mcm mna skalipun, msti ada org yg akan iri hati dgn kita..spa stuju?? angkat jari klingking kaki!! org yg iri hti tu akan perlekehkn apa yg kita cita2 kn...pcaya la br0...yg tu klu kita tgk dr segi sdut -ve..klu kita tgk dr sdut +ve plak, bnda tu akn jd perangsang kpd org lain supaya bsaing dgn kita dan depa akan mngatasi pncapaian kita..btol kn? slain tu depa gak akn berkongsi pengalaman dan bg nsihat ckit kt kita klu kita brada dlm ksusahan...

Tuesday, January 11, 2011

Koleksi Cerita Lawak 8

Cerita 1
Di sebuah hutan, tinggal seorang tarzan dan monyet. Satu hari, mereka adakan mesyuarat. Selepas 10minit berbincang, sorang monyet bertanya kepada tarzan.

Monyet : Tarzan, I pelikla tengok U. U asyik pakai seluar dalam je. Apa yg sbenarnya U sembunyikn tu??

Tarzan : Err...nothing, I sja2 je pakai.

Monyet : Abis tu, npe U tak tanggalkan macam kami?

Jadi, tarzan pun lari. Seekor meonyet bercadang untuk menyiasat perkara ini. Meraka nak mengintip tarzan ketika tarzan sedang mandi. Pada satu hari, seekor monyet ternampak tarzan mandi. So, monyet tu pun memberitahu hal ini kepada semua monyet2 di hutan tu.

Monyet : Wahai monyet2 skalian..patutla tarzan pakai sluar dalam je. Rupa2nya dia ada simpan BUAH kt bawah perut dia. Dia tak nak kita curi buah dia la tu.


Cerita 2
Di sebuah klinik mata...
Doktor : Selamat pagi, boleh saya bantu?

Pesakit : Ya, saya ada masalah. Setiap kali saya minum kopi, mata saya seperti tercucuk sesuatu.

Doktor : Ok, biar saya periksa mata anda.

Setelah doktor periksa mata pesakit, doktor dapati tiada apa2 masalah dengan mata penyakit itu.

Keesokan harinya, pesakit itu datang lagi dan mengadu perkara yang sama berkaitan matanya. Perkara ini berlaku selama tiga hari berturut2.

Akhirnya doktor tersebut menyuruh pesakit itu masuk ke dewan pembedahan dan menyuruhnya baring.

Pesakit : Dah dapat tau ke apa masalahnya dengan mata saya ni?

Doktor : Sekejap ye, saya sedang bancuh kopi.

Selesai membancuh, doktor menyuruh pesakit itu minum. Pesakit ambil kopi tersebut dan terus minum. Kemudian pesakit itu menjerit kesakitan sambil memegang matanya.

Doktor : Ok2, saya dh tau knapa mata kamu sakit semasa minum kopi.

Pesakit : Betul ke doktor??(dengan gembiranya). Apa ubatnya??

Doktor : Ya, betul!!! Tak perlu ubat. ANDA HANYA PERLU KELUARKAN SUDU DARI CAWAN KOPI SEBELUM MEMINUMNYA!!!!!


Cerita 3
Satu hari, Pak Pandir berasa sakit kepala lalu dia berjumpa dengan doktor.

Doktor : Pak Pandir, sebenarnya saya berasa bersalah nk cakap ni.

Pak Pandir : Never mind doctor. Cakap je.

Doktor : Pak Pandir menghidapi penyakit barah otak.

Pak Pandir : Yahooooo!!!!! (sambil melompat2)

Doktor : Err...Pak Pandir paham ke tentang penyakit barah otak ni?

Pak Pandir : Paham doktor. Tapi yg paling penting penyakit ni dapat membukitkan yg saya ni ada otak.

Doktor : Laaaa, knapa plak??

Pak Pandir : Sebab Mak Andih slalu cakap yg saya ni tak dak otak.

Doktor : ?????????

Saturday, January 8, 2011

Gambar2 kekayaan Sultan Brunei..

Seperti yang kita semua tahu, Sultan Brunei iaitu Sultan Hasanal Bolkiah adalah antara sultan yang paling terkaya di dunia. Baginda yang dilahirkan pada 15 Julai 1946 adalah Sultan Brunei yang ke-29 dan Perdana Menteri Brunei yang pertama. Baginda mempunyai pelbagai aset termasuk kereta2 mewah dan sebagainya. Ikutilah gambar2 di bawah ni :




Di dalam pesawat peribadi baginda...




Di bilik mandi istana...




Di kamar tidur...


Salah satu kereta milik baginda...





Di sekitar Istana Nurul Iman..


Antara koleksi kereta2 baginda...


Salah satu sudut riadah..



Sekitar Istana Nurul Iman....





Pemandangan dari luar Istana Nurul Iman...



Sultan Hasanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...