Monday, January 3, 2011

Koleksi Cerita Lawak 7

Cerita 1
Selepas beberapa bulan, Samad mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Dewi didapati hamil. Samad tak mahu rumah tangganya hancur. Dia mengambil kputusan menghantar Dewi balik ke Bandung melahirkan anak mereka di sana. Samad berjanji akan menanggung segala kos utk anak tersebut sehinggalah berusia 18 thn.

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Samad menyuruh Dewi menghantar sekeping poskad menulis perkataan "Mee Bandung" setelah bayi mereka lahir nanti. Poskad itu bagi memaklumkan Samad supaya menghantar segala urusan perbelanjaan utk anaknya.

Suatu hari, setelah sembilan bulan berlalu, semasa Samad pulang dari kerja, isterinya Salina menegur dengan muka mencuka. "Bang.....abang dapat poskad peliklah hari ni," beritahu Salina berkerut-kerut. Samad menjawab, "Oh, xpe...bg poskad tu kat abang. Nanti abang check dulu, apa ke benda yan pelik tu,"

Salina pun memberi poskad itu kepada suaminya. Samad terus membaca poskad tersebut. Serta-merta wajahnya bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!
Poskad tersebut berbunyi: "Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung..dua ada telur, dua tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ye...!!"


Cerita 2
Suatu hari Zila membawa empat anak perempuannya untuk diperiksa oleh Dr. Asmadi. Tapi, doktor itu berasa hairan keempat-empat anak perempuan Zila mempunyai nama yang sama Zizi.
Dr. Asmadi berasa amat hairan. Bagaimanakah caranya jika Zila ingin memanggil salah seorang anaknya jika ada hal mustahak.
Zila selamber menjawab, " Apa yang susah tuan doktor, panggil je nama bapaknya, mereka akan datng sendiri!"
"Boleh ke mcm tu?" tanya doktor kehairanan.
"Eh, apa tak boleh plak tuan doktor. Kan keempat-empat bapak mereka berlainan!"


Cerita 3
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya, seorang penunggang motosikal terpaksa berteduh di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam Jumaat itu. Itu saja satu-satunya rumah yg terdapat di tepi jalan raya yg sunyi sepi itu. Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yg tinggal bersenirian selepas neneknya meninggal dunia.

Si janda muda itu mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu yang basah kuyup ditempatkan di sebuah bilik yg mempunyai katil yg besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk. Muncullah si janda muda tadi memakai baju yg sungguh mengghairahkan. Si janda berlesung pipit itu selamba masuk dengan senyum manis.

"Eh, awak nak orang teman tak malam ni?" soal janda muda tersebut dengan iringan nada yang manja dan menggoda. "Eh, kalau ada yang sudi apa salahnya!" balas si pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak girang.

"Okeylah...." kata janda itu tersenyum simpul. "Di luar sana ada seorang pemuda yg hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, bolehlah tidur bersama awak malam ni ye!!"


Cerita 4
Mimi : Abg Joe...jom la datang umah Mi....I rindu la...lagipun suami I pergi oversea tadi...
Joe : Baiklah, malam esok abg pergi taw...nanti pandaila abg kelentong isteri abg tu.
Mimi : Oh ya...sebelum datang esok, abg cukur misai kasi licin dulu taw. Abg tahukan, I suka lelaki yg baby face.
Joe : Alamak! yg ni susah sikit. Isteri abg suka abg simpan misai cari makan ni, nanti dia marah pulak.
Mimi : Alaaa...abg nak jumpa I ke tak nak ni?
Joe : oklah! Mimi punya pasal..apa saja abg sanggup!

Keesokan paginya, semasa Joe hendak pergi ke pejabat dia telah berpesan kepada isterinya, dia terpaksa pulang lewat malam nanti sebab ada 'meeting tergempar'. Semasa di pejabatnya, Joe telah bertindak mencukur misainya sampai licin. Malam itu Joe berdondang sayang dengan Mimi sampai dinihari.

Pukul 4.00 pagi, ketika Joe balik ke rumahnya, bilik tidurnya gelap. Perlahan-lahan Joe salin baju dan naik ke katil senyap-senyap. Tiba-tiba isterinya trsedar lalu meraba-raba muka Joe yg licin dalam gelap lalu berkata: "Kenapa kau tak balik-balik lagi Farid...kejap lagi suami akak balik..!!!"

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...