Tuesday, December 24, 2013

Mesyuarat dan Family Day LKIM Sabah

Hari Jumaat minggu lepas opis aku ada buat mesyuarat kat Kundasang. Sambil2 tu, buat la sekali Family Day kat sana. Aku pun bawak la bini aku. Kesian kat dia 4hari kena tinggal dengan aku sebab sebelum tu aku ada mesyuarat kat Manjung, Perak. Aku balik dari Perak hari Khamis, hari Jumaat esok tu terus shoot pi Kundasang. Letih sikit la. Tak sempat nak bernafas aku.


Mesyuarat aku tu buat kat Sri Kinabalu Resort. Plan asalnya opis aku tempah bilik untuk ahli2 mesyuarat sahaja. Tak boleh bawak family sebab bilik cukup2 untuk ahli mesyuarat. Maklumla cuti sekolah. Semua hotel fully booked. Bila aku pikir2 balik, apa jadahnya buat family day tapi tak boleh bawak family. So, setelah dibincang balik, semua bersetuju siapa nak bawak family kena cari hotel berasingan. Nasib baik la kami ada wakil yang tolong carikan hotel. Aku dapat hotel baikkk punya. Nama hotel aku tu Mount Kinabalu Herritage Resort & Spa. Aku amik standard room. Rate hotel tu ok la RM160/night. So aku duduk 3 hari 2 malam yakni RM320. Aku guna government rate. Hotel tu memang betul2 kat Pekan Kundasang. Tapi kena naik bukit sepanjang 1km dari pekan tu. Kiranya hotel tu atas bukit la. 

 Aku dapat view Gunung Kinabalu ni time aku stop kat tepi jalan otw nak turun bukit dari hotel aku.


 View ni dari bilik aku. Nampak sikit2 ja gunung tu sebab aku dok kat tingkat 4. Kawan aku yang dok tingkat 8 cakap bilik dia memang nampak view jelas gunung tu. Aish, jeles aku!


Landskap hotel tu. Cantik.

FYI, hotel ni pun ada sediakan chalet. Siapa2 yang teringin nak dok chalet tu, boleh la booking siap2. Cantik chalet dia. Memang mengadap gunung. Next time kalau aku mai sini nak tidur, memang aku amik chalet tu je la.
Belakang bini aku tu la chalet yang aku cakap tu.


 View gunung dari Pekan Kundasang.



Yang bawah khemah putih tu, orang tengah pukul bola golf. Sapa dok kat padang bawah tu memang 'mendapat' la dia..hahaha


 Gambar ni amik sebelum pi dinner kat Sri Kinabalu. Ni la gambar dalam hotel tu..hehe. Motif??


 Kena incharge sukaneka.


 Belakang tu gunung tapi tak jelas sangat sebab awan tebal.


Sebelum balik, singgah lunch dulu kat kedai makan depan parking pintu masuk Kinabalu Park. Tak ingat nama kedai tu. Tapi milik Koperasi Lembaga Pemegang Amanah Taman-taman Sabah. Kerajaan negeri punya jabatan.

Lepas makan, lepak2 sat kat tepi tu. Menghirup udara sejuk sambil tengok pemandangan bukit-bukau.


Pukul 1.30 petang baru aku gerak dari situ. Seperti biasa, jalan raya memang berkabus. Kepada yang pasang hajat nak sampai ke situ, dinasihatkan berhati-hati ye. Kena banyak bersabar. Situ banyak lori besar2 lalu-lalang. Sebab jalan ke Kundasang tu memang jalan utama nak ke Sandakan, Semporna, Lahad Datu, Tawau dan lain-lain.

Jalan-jalan Ke Kundasang, Sabah

Cerita ni dah lama dah.. tapi aku ni malaih sungguh nak update and upload gambar. Skrg ni ada kelapangan boleh la nak share serba sedikit yang ada. 
Pada 30 Nov lepas, aku boring tak tau nak buat apa kat rumah. Hujung minggu la kan. Aku ni pantang bila orang sebut perkataan JOM. Memang laju la aku JOM tu. Last minit punya plan, aku bawak la bini aku jalan-jalan kat Kundasang. Padahal dah tau dah bulan Disember aku nak bawak dia pi sana lagi sebab aku ada meeting kat sana. Takpa la, atleast 'rikki' dulu tempat tu macam mana. Untuk pengetahuan, Kundasang tu ala-ala macam Cameron Highland ye.

Pukul 7 pagi aku bertolak dari rumah aku kat Taman Sepangar. Pekena nasi lemak buang dua tiga suap. Pastu terus gerak. On the way ke Kundasang tu, aku perasan ada Rumah Terbalik. Memang betul2 tepi jalan sebelum Shell. Aku singgah la situ. Ramai gak la orang lebih kurang sebijik bas. Tapi nasib baik aku sampai pagi2. Kalau lewat sikit mau berjam jugak nk menunggu masuk tu. 

Ni tiket nak masuk. Sorang RM10 untuk warganegara Malaysia. Kena tunjuk IC. Kalau takdak IC memang dia caj harga warga asing la gamaknya.


 Ni kawasan di luar Rumah Terbalik tu. Boleh ambil gambar sementara nk tunggu giliran masuk.


 Kat belakang kami tu la Rumah Terbalik tu. Memang sebijik ja rumah tu. Nanti akan ada orang guide untuk masuk dalam tu. Tapiiii, kena ingat!! Bila masuk ja dalam rumah tu, semua jenis kamera mesti OFF. Tak boleh ambil gambar. Kalau ambil gak gambar, sekeping gambar kena denda RM300 ok! Memang ketat sikit. CCTV merata2 kat dalam tu. Memang kantoi nanti.


 Yang ni lepas dah keluar dari rumah tu. Buatnya ada taik, setepek ja kena muka aku. Hahaha!!




Dah habis lepak2 situ, aku teruskan perjalanan ke Kundasang. Jalan ke situ ok la. Takda la teruk sangat macam orang dok cerita tu. Cuma jalan tu berbukit-bukit ja. Jalan ni lagi elok dari jalan nak naik ke Cameron tu (kalau naik dari Tapah la). Memang jalan yang agak santai and tak banyak pun bukit yang 'heavy'. Sambil tu boleh la layang pemandangan bukit yang cantik. Tapi agak scary bila ada satu jalan tu memang tengah-tengah bukit. Maksud aku, kiri dan kanan kita tu gaung. Hahaha.. Dinasihatkan anda tidak memandu waktu malam. Sebab malam-malam memang lampu jalan takda. Buatnya ada makhluk nk tumpang, tak melompat aku. Hahaha..

Sampai ja kat situ, aku tengok banyak kereta stop tepi jalan lepak2. Aku pun stop gak la. Keluar ja kereta, makk aihhh....sejuk gilossss!! 

Seriously!! Memang sejuk. Masa ni dah pukul 10pagi. Sepatutnya kat Sabah matahari dah terpacak atas kepala dah.

Pastu aku teruskan perjalanan dan singgah di Kinabalu Park. Nak masuk tu aku tak ingat berapa RM kena bayar. Tapi ikut kepala la. Murah ja. Tak mahal pun. Jalan situ sempit sikit la. Kena lebih berhati-hati. Sebab lalu ikut lereng-lereng bukit sampai la hujung jalan.

Sampai sini la tempat tu. Kat kaki Gunung Kinabalu. Sini lagi sejuk dari tadi dan kat sini gak la tempat orang nak naik gunung. Tapi untuk yang bawak kereta tu, kalau ada nampak banyak2 kereta parking tepi jalan tu, baik hangpa ikut parking sekali. Jangan jadi macam aku. Sampai kat signboard SELAMAT MENDAKI tu baru aku nk u-turn bagai. Sengsara aku nk pusing balik sebab situ memang sempit untuk kereta u-turn. Parking jauh sikit takpa. Bila berjalan tu tak keluar peluh pun.

Kemudian, aku teruskan perjalanan sampai la ke Pekan Kundasang. Lebih kurang 6-7km dari pintu masuk Kinabalu Park tu. Sampai ja situ, aku terus belok ke kiri menuju ke Golf Club. Saja buat pala tau (ayat orang utara). Cantik sangat jalan dia. I mean, pemandangan jalan raya berlatarbelakang Gunung Kinabalu. Macam ala-ala kat Ostorolia gitu (bajet macam pernah sampai sana). 




Gambar-gambar sekitar Golf Club tu. Cantik kan kereta tersebut?? Opssss!!!


 Ni pintu gerbang masuk ke ladang lembu. Kalau dari Pekan Kundasang, masuk ke kiri menghala ke Golf Club tu. Tapi kena tengok betul2 dia punya signboard tu. Kadang-kadang orang tak perasan sebab kecik sangat. Dah masuk ikut signboard tu, kena masuk dalam sikit baru jumpa pintu gerbang ni. Kalau pi time lepas hujan, kompom berlecak gila sebab jalan nak masuk memang tanah merah ja.

 Ni la lembu yang orang cakap macam kat New Zealand tu.



Nak masuk ni pun kena bayar. Bayar kat pintu gerbang tu.


Habis lepak2 kat ladang lembu sambil minum susu lembu, aku terus gerak ke Ranau. Nak try masuk Sabah Tea pulak. Memang pertama dan terakhir la aku masuk sini dengan kereta aku. Jahanam tayar aku. Jalan masuk tu berbatu-batu dan memang menguji kesabaran betul..huhuhu

 Sebelum masuk kena naik jambatan kayu ni dulu.


 Cantik pulak aku tengok pokok ni. Dah macam payung pulak.

Sebenarnya takda apa pun kat sini. Orang ramai boleh melawat masuk kilang ni tapi ada masa tertentu la. Time aku sampai ni memang tak boleh masuk dan cuaca kat ladang teh ni panas gak. Macam cuaca biasa. Tak macam Cameron, sejuk ja. Nak minum teh kat sini pun takda feel. Lagipun ladang ni kecik ja. Macam menyesal ja masuk..hahaha

Time ni dah nak balik dah. Dalam pukul 4 petang. Kabus tebal. Aku harap kat kereta depan ja. Kalau dia terjun gaung, dengan aku sekali terjun. Memang tak nampak jalan.


 Masa dah sampai kat bawah, aku singgah la kat Tamparuli. Nak tengok jambatan gantung. Ni pemandangan dari atas jambatan. Nampak jalan untuk kenderaan tu?? Rare kan? Boleh muat untuk satu kereta ja untuk lintas sungai tu.  




Aku sampai ja rumah memang ngam-ngam Maghrib. Kat Sabah waktu Maghrib pukul 6 petang ye..hehehe.. Itu ja kot serba sedikit plan last minit aku dgn bini aku. Ada benda lagi nak tulis ni. Tapi tunggu je la kalau aku rajin. 

Friday, October 18, 2013

Sambutan Aidiladha 2013

Pertama sekali nk ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Dan juga kepada jemaah-jemaah haji. Semoga mendapat haji mabrur. 
Tahun ni lain dari yang lain sikit. Kalau mengikut sejarahnya, setiap kali hari raya, mesti aku dah ada kat kampung dah. Tapi ni la first time aku tak balik kampung. Beraya la kami bedua laki bini kat Sabah ni. Tapi, disebabkan tak balik raya, kami pun plan la nak buat ketupat dan rendang. Kononnya nak menikmati suasana raya korban la. Padahal makan bedua ja. Jadilah......

Maka hari Ahad lepas aku dengan biniku pi la cari barang-barang kat Pasar KK yakni bersebelahan dengan Pasar Filipina - (salah satu pasar yang terkenal kat Sabah ni). Dalam hati aku terdetik, ishh ada ke idak daun palas ni. Kalau takda, memang melantak ketupat nasi je la. Bini aku biasa makan ketupat nasi tu ja. Almaklumla, orang selatan. Aku dok biasa makan ketupat palas. Biasala, selera orang utara dengan selatan kan berbeza. Kalau boleh kami nak buat dua-dua ketupat. Takda la nak meroyan sangat sebab tak dapat balik kampung.

Sampai je kat pasar, aku tengok bersepah-sepah orang jual daun palas. Maka aku pun senyum sampai ke telinga la jawabnya..hehehe.. Pastu beli beras pulut sekilo (masak cuma stengah kilo ja), ketupat nasi ekspres Adabi kot, ayam sekor, daging setengah kilo.Cukupla kan untuk makan dua orang ja. 

Proses masak-memasak ni buat keesokan harinya. Pagi tu aku bukak la daun palas. Nanti senang nak balut buat ketupat.

 Ni daun palas yang aku dah bukak..


Rendang ayam dan daging tengah masak.


Sambil tunggu rendang masak, balut ketupat palas dulu..

Ni yang dah siap balut tapi belum rebus lagi..

Rebus dulu dan......makan!

Ketupat nasi a.k.a nasi impit...



Dah siap dah.. Rendang daging, rendang ayam dan kuah kacang...Slurrppp!!!

Aku sembahyang raya kat Masjid UMS. Ingatkan orang tak ramai sebab balik kampung. Rupanya boleh tahan jugak la ramai. Dengan student-student yang tak balik raya lagi, dengan orang-orang luar yang datang lagi. Perghh! Memang sesak la masjid tu. Selalu sembahyang Jumaat ja aku pi. Tapi tak la seramai macam hari raya. Suasana sini lain sikit la. Nak tau lain mcm mana? Kena datang Sabah dan tengok sendiri..hehehe

Ok, nak sambung buat kerja. Daaaaaa.....!

Friday, October 4, 2013

Pindah, Pindah dan Pindah...

Assalamualaikum,
Dah lama aku tak update blog ni. Nak tunggu mood menulis memang susah sikit la. Busy mengalahkan Perdana Menteri..puiihh!! Hari ni kebetulan tengah free kt opis, aku curi2 la sikit masa nk menulis.

Sejak aku Form1 lagi memang aku tak duduk rumah. Maksud aku camni. Masa Form1 aku dah dok kt asrama kat area pulau (Orang Penang panggil 'Tanjung') . Rumah aku kat Kg Kubang Semang, Bukit Mertajam kat area Tanah Besar (Orang Penang panggil 'seberang'). Aku dok asrama sampai la Form5. Habis ja SPM, dok umah sekejap ja. Pastu terus pindah keluar dok kat UiTM Kedah. Nasib baik la dapat dekat ja. Tapi dekat2 pun jarang balik rumah gak..huhu.. 3 tahun aku study kat situ. 

Habis ja study aku dok sibuk cari kerja. Tup tup dapat kerja kat KL. Pindah pulak kat sana. Kat KL pulak dah 2 kali aku pindah. First sekali masa aku mula2 sampai KL. Aku sewa bilik ja kat Taman Sri Gombak. Dok sekali dengan tuan rumah. Ok la dok situ. Semua kelengkapan dah ada. Cuma bawak baju ja. Lepas tu, nak dekat2 kawin, aku pun pindah la kat Bandar Sri Damansara. Selesa la jugak sebab menyewa satu rumah. Boleh bebas buat apa saja. Pastu depan rumah ada kemudahan macam McD, Shell, Petronas, Ayamas, Pizza dll. Itulah episod aku kat KL selama lebih kurang 2 tahun lebih. 

Nak dijadikan cerita lagi, baru-baru ni (tak la baru sangat) aku dipindahkan tempat kerja ke Sabah. Mula-mula tu macam "blurrr" skit la. Pastu aku dah mintak pendapat kat orang2 yang berpengalaman, depa suruh ja aku pindah sana. Yela, lagipun dalam usia yang muda ni adalah lebih baik aku hidup sebagai perantau. Boleh tengok negeri orang, cari pengalaman yang baru, belajar sesuatu yang tak pernah aku tau. Macam-macam dugaan sebelum nak pindah. Contohnhya, lagi seminggu nak berangkat rumah sewa pun tak dapat lagi..fuhh!! Mencabar minda gak la. Nasib la aku ada sepupu kat sana. Dia la yang tolong aku carikan. Dapat gak la Apartment atas bukit. Tak tau la suratan atau kebetulan, rumah2 yang aku duduk sebelum ni kat KL semuanya kawasan berbukit...huuuu.. Sewa sini mahal sikit la dari KL. RM600 sebulan tingkat 4. Tapi aku puas hati la dengan rumah ni sebab kawasan yang berpagar dan ada security. Parking kereta pun tak payah nak berebut-rebut. Memang disediakan satu rumah, satu parking berbumbung. 

Ni pengalaman kedua aku naik flight. Sebelum ni pernah naik flight time outstation dari KL ke Kedah je. Tapi kali ni lama jugak kat atas awan lebih kurang 2 jam setengah. Dan ni adalah pengalaman pertama jejak kaki ke Sabah. Masa mula-mula sampai kat airport KK, aku dengan bini aku macam blurr skit. Tak tahu arah tuju. Dua2 orang terkontang-kanting. Last-last amik teksi untuk ke hotel Grand Borneo (Satu bangunan dengan One Borneo Shopping Mall) sebab aku pun dah booking bilik untuk 8hari 7malam. Wahhhh, dah macam pergi bercuti plak aku kannnn. Ni betul honeymoon ni...hehehe..ado aku kesah?? Semua boleh claim maaaaa. Masa amik teksi tu, memang kena bayar siap-siap kat kaunter dalam airport tu. Terkezut gak la aku tambang sampai RM50. Bapak mahal. Tapi takpa. Tu semua claim jela kn. Apa susah2 mau pikir. Hotel yang aku duduk tu okay la. Bilik dia boleh tahan cantik. Harga pun boleh tahan jugak. Nasib aku boleh pakai Government rate. Rugi kalau kerja gomen tapi tak pakai gomen rate kn..hehe..dapat la murah sikit. 

Rasa macam kejutan budaya sikit la kat sini. Dengan orang2nya, dengan suasananya. Paling aku terasa bila pukul6 petang langit dah gelap. Dah masuk maghrib dah pun. Dan pukul 6 pagi dah cerah. Time-time camni dulu aku masih membuta lagi. Tapi sini lain la. Tu la perbezaan paling ketara yang aku rasa. Tapi Alhamdulillah dah dapat sesuaikn diri kat sini. Aku duduk hotel tu 8hari ja, aku target lepas tu nak duduk la kat rumah sewa. Malangnya barang-barang rumah dan kereta aku masih belum sampai lagi. Tengah sedap bersiar-siar atas kapal lagi. Terpaksa la aku cari hotel bajet. Nasib baik ada betul-betul belakang bangunan opis aku ni. 4hari 3malam jugak la aku dok situ. Rate boleh tahan la. Kalau katil Queen ada tingkap RM78 and kalau katil Queen tak ada tingkap RM70. Sehari ja aku dok kat bilik ada tingkap tu. Macam takda function ja tingkap tu bagi aku. Aku pun tukar la bilik yang takda tingkap. \

Masa barang-barang dah sampai, dok pikir-pikir gak dari mana nak mula kemas dulu ni. Ada la lebih kurang 40 kotak besar. Tak termasuk perabot yang lain macam set katil, dapur, mesin basuh dll. Pakej company yang aku pakai tu dia cuma packing barang-barang aku dari rumah yang nak keluar tu dan hantar ke rumah yang akan pindah masuk. Masa kat KL dia cakap siap-siap dah bila barang-barang dalam kotak dah sampai, orang-orang dia takkan unpack balik. Orang-orang dia cuma pasangkan ja yang mana yang patut macam katil. Serabut aku tengok rumah aku. Mungkin sebab kesian tengok kami laki bini, depa pun tolong unpack kesemua kotak-kotak yang ada tu dan letak di tempat yang sepatutnya. Baik gila kan?? Terharu aku..hehehehe.. 

Dah selesai bab-bab barang rumah, baru la mula nak cari barang-barang dapur. Kat sini makan luar mahal skit. Nasi goreng biasa ja dah RM6. Memang tak la aku nak makan kat luar. Lagipun bini aku dah jadi surirumah sepenuh masa. Boleh la tolong masakkan. Time lunch aku boleh balik makan. Dekat ja jarak rumah dengan opis aku lebih kurang 6km ja. Kat sini barang-barang mentah memang murah. Hari-hari makan kat rumah memang sangat-sangat jimat okeyhhhh!! Dan ikan-ikan kat sini semuanya segar-segar belako. Dan ikan-ikan kat sini semuanya besor-besor belako. Muroh pulak tu.

Ni jela yang boleh di update. Cerita lain, nanti-nanti la ye. Okbai.


p/s: Tak sempat nak jalan jauh-jauh lagi sebab elaun aku belum masuk..huhu 

Monday, July 22, 2013

Puitis Berlagu Sendayu Diidam

Sayu hati di pagi hari
Jangan disapa bertanya mengapa
Luahan naluri di hujung tenggara
Melukis senyuman palsu bersuara

Ku bilang detik dan waktu
Pabila bayu memanggilku
Singgah sana belum ketemu
Merasuk jiwa kacau berliku

Hari kebebasan hari keramat
Perintah suara memberi hemat
Siap siaga pingat disemat
Harapan bangsa tetap lekat

Salah diri terpalit disisi
Kabur pandangan terkorban denai
Merasa senak dahaga digali
Pohon rendang takkan diwarisi 


Izzul Rahimi : 12.01 pm, 22 Julai 2013

HAKCIPTA TERPELIHARA 2013. 

Friday, April 19, 2013

Trip ke Cameron Highland

Lepas aku kawen, belum sempat lagi pi honeymoon kat mana2. Mana tak nya, sibuk dengan kerja masing-masing. Bila dah agak2 macam free, baru la kami buat keputusan untuk pi ke situ. Untuk permulaan la. Lepas ni banyak lagi tempat yang nak kena jelajah.

Aku pi situ pada 26 dan 27 Januari 2013 yang lepas. Pagi seawal pukul 8 kami dah siap2 nak bertolak. Tapi bini aku bangun lagi awal dari aku. Pukul 4 pagi dia dah bangun. Bukan main semangat lagi dia..hehe. Tapi bukan semangat nak pi cameron tu, tapi dia terkena keracunan makanan. Muntah2, cirit-birit. Aku suspek kedai depan umah yang aku makan semalam. Teruk gak la bini aku kena. Aku pun kena gak sikit2 tapi tak teruk sangat. Sebab berpunca dari makanan yang bini aku makan tu. Aku cuma rasa sikit2 ja. Tak sampai hati la pulak nak p jalan2 tapi bini tak berapa nak larat. Aku cancel je la percutian ni. Lain kali kan ada banyak lagi masa nak pi bercuti kat situ. Tapi bini aku nak jugak kami pi. So, aku ikut jela.

Ni muka kena keracunan makanan. Sebelum bertolak.

Perjalanan kami berjalan lancar. Tak ada apa2 masalah. Dan2 perut dah baik..hehe. Kat highway pun keta banyak tapi tak jem. Aku naik cameron ikut Tapah. Jalan yang sempit tu. Lebih kurang sejam ++ la baru sampai kat Ringlet. Sebelum sampai tu, agak mencabar hati dan sanubari gak la. Tiba2 perut dok meragam. Berpeluh-peluh la jugak nak tahan. Bila nampak ja stesen minyak, tanpa berfikir 10x terus ja berhenti. Bila dah selesai hajat, kami teruskan ke Tanah Rata. Dok tercari-cari la jugak hotel mana yang kami nak duduk. Kebetulan plak Isnin tu cuti umum. Memang ramai la orang jalan2 kat sini. Aku tanya semua hotel penuh orang booking. Aku ni main redah ja. Booking takda, apa pun takda. Kalau ada bilik kosong tu kira nasib la.  Last2 jumpa jugak tapiiiiii.......bilik tu takda tingkap. Hish, macam mana la orang lain hidup kalau takda tingkap. Kalau aku, aku memang tak boleh betul kalau bilik takda tingkap ni. Dah macam penjara plak aku tengok. Takpa, aku teruskan mencari gak slow2. Akhirnya, jumpa jugak. Harga boleh tahan la. Dah terdesak sangat, aku sebat ja la. Hotel Rainbow kat Brinchang. Ok la tu. Ada tingkap..huhu. 

Gambar depan hotel. Ni muka happy dapat bilik hotel.

Masuk ja dalam bilik, kami rehat la skejap. Penat mencari hotel. Pastu bini aku plak demam. Mungkin sebab perubahan cuaca kot. So, takpa la. Aku suruh dia rehat la dalam bilik. Sambil2 tu makan Meggi pun sodap! Agak2 petang sikit, panas badan pun dah makin surut, kami pun keluar la jalan2 tengok tempat. Petang2 pun masih jem lagi kat situ. Tambah2 yang nak menghala ke Simpang Pulai. Aku ingat nak pi blah tu tapi dah jem tu langsung tak bergerak, aku buat keputusan menghala ke Tanah Rata ja. Senang, jalan clear! Dah tak tau nak pi mana, aku pun stop la dekat Cameron Valley Tea atau pun Bharat Tea. Situ ja yang ada kedai makan yang agak dipercayai. Fobia nak makan. Takut keracunan lagi. 

Sebelum keluar cari makan.

Kat depan kedai tu.

Berlatarbelakangkan ladang teh.

Candid yang dibuat-buat.

Sementara dok pikir nak makan apa.

Lama la jugak lepak kat sini. Nak jalan mana pun macam dah lewat ja. Lagipun perut masih lagi tak berapa nak selesa. Masa balik ke hotel tu, memang jem la. Sabar ja la aku..huh!

Suhu malam tu memang sangat2 sejuk. First time aku rasa camni. Yang dalam gambar ni aku tak tau suhu ni betul ke tak.

Malam tu, aku plak yang demam. Haish, berselubung la aku dalam selimut tu. Nasib baik la bangun keesokan pagi tu badan dah tak panas. Pagi2 tu kami check out dari hotel, plan yang pertama nak cari strawberi. Konon2 nak petik sendiri la. Semua tempat kami pi, semuanya tak boleh petik sebab banyak starwberi yang muda2 lagi. 

Tak dapat petik, dapat angkut bawak balik yang ni pun ok la. Setahun makan pun tak habis.


Dah hampir give up, last2 pi cari strawberi kat belakang Penginapan Pegawai Persekutuan kot. Tak tau nama betul.


Kat sini memang pekerja depa yang petik. Ok la tu. Dapat yang fresh punya.


Yang ni memang terbaik. Strawberi makan dengan coklat dan cream. Fuhh!! Meleleh wehh!!


Shopping2 barang dulu.


Kat ladang lebah. Beli madu jela. Lebahnya tengah tido.haha


Teruskan perjalanan ke Ladang Teh Boh. Memang ke dalam betul ladang ni. Kena banyak tekan2 hon sebab jalan yang berbukit dan sempit. Ada jalan yang muat2 untuk satu kereta ja.


Perjalanan ke dalam ni lebih kurang 7km dari jalan besar, last2 sampai jugak.


Amik angin dulu. Memang sejuk time ni sebab baru lepas hujan.


Order teh perisa Peppermint dan kek hapa ntah.


Excited sangat nak minum, sampai tercabut tudung bekas gula time nak masukkan gula ke dalam cawan. Tudung tu tercampak sampai meja sebelah..hahaha! Maluuu!!


Penempatan orang asli masa on the way nak turun.


Hujan sangat2 lebat.

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke KL. Gambar memang tak banyak sangat. Masing2 perut tak berapa nak selesa. Walaupun tak banyak tempat yang kami pi sebab perkara yang tak dapat dielakkan, yang penting lepas ni nak plan bercuti ke tempat lain yang tak bagi apa2 masalah. Dan pastikan sebelum pergi bercuti tu makan la makanan yang dimasak di rumah..hahahahah!!!










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...