Tuesday, April 16, 2013

Hadiah Kahwin

Time aku kawen hari tu, ramai la jugak tetamu yang datang bawak hadiah. Tambah2 majlis kat KL, memang banyak la sebab ada dua pasang pengantin. Terima kasih kepada semua. 

Puas hati hang?? Ni sebahagian hadiah yang menimbun dalam stor umah aku. Aku susun sampai paras atas sikit dari pinggang aku. Yang ni hadiah kat majlis KL sahaja. Belum masuk majis Penang lagi. 

Agak azab gak la nak mengangkut segala benda ni semua. Dua trip jugak aku angkut dari umah pak mertua aku ke umah aku. Dua trip tu pun memang betul2 pack gila dalam keta aku tu. Bayangkan la time tu aku bawak Avanza. Fuhhhh. 

Tapi okay la tu. Semua barang2 ni pun memang barang keperluan rumah pun macam seterika, set memasak, pinggan mangkuk, set cawan, dapur memasak, oven dan banyakkk lagi. Alhamdulillah, tak payah dah nak susah2 pi beli baru dah. Kalau niat kita baik, maka Allah permudahkan perjalanan kita. Insya Allah. Kepada kawan2 yang dah pasang hajat tu, niat kita biarlah ikhlas. Nanti Allah bagi jalan untuk tolong kita. 

Sabtu lepas ada buat makan2 dengan keluarga mertua. So, ramailah kerabat2 bini aku bertandang ke rumah. Maka time tu la aku geledah balik harta-harta karun ni untuk tetamu datang nanti. Nasib baikla banyak jugak hadiah pinggan mangkuk and cawan. Agak2 tak cukup aku pakai cawan and pinggan plastik boleh?? Berbekalkan hadiah kawen memang cukup untuk hari tu. Sebanyak 3 hekorrr ayam jugak la dikorban. Sebelum ni aku tak pernah buat makan2 kat rumah yang aku sendiri yang urus, agak kucar-kacir dibuatnya..hahaha!! Baru hang tau Izzul!! Selama ni hang tak pernah amik tau apa mak ayah hang uruskan time buat makan2 kat umah..hahah!! Rasakan!! Ni sebagai iktibar la kat aku. Nasib baik makanan cukup. Kalau makanan tak cukup, nak menggagau makanan umah jiran sebelah?? 

Selesai semua, malam tu memang nyenyak la aku tidur. Hikhik..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...