Friday, April 12, 2013

My Life - Part 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Pertama skali, syukur Alhamdulillah setelah lama aku nk menulis balik dalam blog ni, akhirnya hari ni tercapai jugak....padahal pemalas!! Cait!!

Sebenarnya sepanjang blog ni sunyi, macam2 benda yg terjadi dalam hidup aku. Ada yang pahit, ada yang manis, ada yang suam2 kuku. Entry kali ni bukanlah untuk post benda2 yg menarik sangat pun. Cuma nk ceritakan balik apa yang dh terjadi dalam hidup aku setakat hari ni tapi bukan semua tau. Aku akan post satu2 la. Nak suruh post semua skali, jenuh tcabut la jari aku ni. 

Seingat aku la, post aku yang terakhir skali bulan 8 tahun 2011. HUHUHU.. Lama dah tu. Itu pun post tentang aku marah kt anon yang belagak bagus. Almaklumla, aku ni darah muda. Tapi sekarang tak pa. Wa dah okay beb.. tapi tak tau la lepas ni apa  benda yang nak jadi plak kan..hikhik.. Aku buat semua entry2 ni bukan nk jadi blogger terkenal, atau nk tarik perhatian, tapi aku lebih nak meluahkan apa yg ada dalam isi hati ni supaya kita sama2 boleh kongsi untuk panduan dan pengajaran. Cewahh!! Ayattttt!!!! Puih!! Kadang2 kita kena gak la letak benda2 yang dapat kurangkan tekanan mcm cerita2 lawak ka, gambar2 lawak ka, kannn??? Biaq la orang nak cakap aku ni syok sendiri ka apa ka, janji hati aku senang dan aku tak kacau sapa2 punnn adoiii...

Orait!! Back to the topic! Ceritanya camni. Aku stop blogging sebab aku terlalu sibuk dengan kerja. Tambahan pulak aku 1st time kerja kt negeri orang. Sebelum ni dok bawah ketiak mak ja. Kt umah sewa pulak tak dak internet. Laptop pun dah sampai jahanam dah sebab dh lama tak guna. Nak harap kt internet henfon ja la. Itu pun dok on9 facebook ja. Mana la ada masa nak bukak2 blog segala bagai ni. Sekarang ni ja aku dapat kemas2 balik blog ni sebab kt office baru aku ni bila2 masa boleh on9 dan kat rumah aku pulak dh ada wifi free..hehehe

Hijrah

Aku behijrah ke KL ni pun sebab aku dapat tawaran keja sebagai pegawai bank dengan CIMB. Adik Najib Razak punya bank woooo.. Opis aku kat Jalan Raja Chulan Branch kemudian berpindah ke Jalan Tun Perak Branch (yg ada sotong besar kt atas tu). Tapi janganlah kalian2 semua pandang orang keja bank ni semuanya banyak duit. Boleh hidup mewah, pakai keta besar, rumah besar. PADAHAL?? Sama ja macam gaji orang lain. Cuma bila orang dengar keja bank ja..uishhh, dia ni mesti banyak duit. Sebenarnya, ni aku nk bagitau nih. Keja bank tu lebih kepada KEHIDUPAN GLAMOUR ja. Dan orang akan pandang pun sebab dalam bank kan tempat orang simpan banyak duit. So, orang yang keja tu mesti banyak duit. NOPE!! You are totally wrong!! Keja sampai malam okeyhhh. Orang lain aku tak tau la. Tapi pengalaman aku memang mcm ni. Keje overtime tak boleh claim okeyhhh. Dan bila banyak berhadapan dengan pelbagai ragam customer ni, kita baru tau erti kehidupan yang sebenar. Seronok jugak tengok mcm2 jenis orang yg ada kt dunia ni. Tapi kejanya,...OMG, tensenn pakcik!!

Lebih kurang setahun lebih aku kat situ, makanya patik pun me"resign"kan diri atas sebab2 tertentu. Tak boleh cerita kt sini. Nanti Nazir Razak (CEO) takut plak tembelangnya pecah..huahuahua! Kemudian, aku lompat masuk ke bank lain iaitu Standard Chartered Bank - Scope International. Pada pendapat aku la, bank luar negara lagi baik dan bagus dari bank Malaysia ni. Sebab?? Pekerja lebih diberi perhatian walaupun kadang2 ada yang tak puas hati. Tapi itulah pendapat jujur aku. Yang lain2, no comment. Nanti ada yang marah..hikhik. Aku kat bank ni sebagai Operation Officer. Memang keja aku ni 100% tak berhadapan langsung dengan customer. Memang sangatttt bahagiaaaaaaa. Aku diletakkan di unit Credit Card & Personal Loan - Malaysia. Keja aku hanyalah proses credit card application. Tu ja. Keja senang, tapi biasala. Mesti ada daily target dan keja sampai malam. Aku okay ja sebab belum kawin lagi.

Lebih kurang 4 bulan aku kat situ, aku dapat surat tawaran keja kerajaan kat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kt ibu pejabat, Puchong. Memang hati ni gembira yang tak dapat digambarkan dengan kata2. Syukur Alhamdulillah. Berkat usaha doa mak ayah dapat juga apa yang dihajati. Dan berita gembira ni juga dikongsi sempena hari berbahagia aku di pertengahan bulan 12 tahun 2012. Aku melapor diri pada awal Januari 2013. Orang cakap, rezeki kawin. Dan berakhir la dunia BANK aku. No glamour glamour okeyhh. Semua tu tak penting, janji hati aku senang dengan tempat keja sekarang. Sabtu Ahad tak payah sibuk2 nak bangun pagi pi keja. Relax ja bantai tidoq. Best!! Orang kata, biarla keja tak glamour macam aku keja IKAN ni, janji hati senang. Aku lagi suka keja ikan ni. Boleh berkenalan dengan ikan. Antara hobi aku membela ikan suatu ketika dulu. Cukup time ja, terus punch card balik rumah. Tak payah nk buat2 rajin keja..hahaha!! Mulut jahat!! 

Okay la. Panjang sangat ni. Penat plak nak membaca. Nanti aku sambung dalam entry lain ok. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...