Tuesday, April 16, 2013

My Life - Part 4

Kawan-kawan semua..

Dalam entry aku sebelum ni (My Life - Part 3) sebenarnya nk tulis pasal majlis aku kt Penang. Boleh plak aku blurrr 10jam tak ingat apa yang aku nk tulis. Padahal kt entry tu dah sah2 aku tulis nk update pasal majlis Penang..huh! Nasib la bini aku tegur time balik keja tadi, "Apsal abg tak update pasal kenduri Penang? Janji Dicapati!". Aku : "Owh, yaka (masih blurr). Ok Puan. Nanti akan di update ye". Tapi, sebelum tu nak habaq kt semua, dalam entry sebelum ni aku ada tulis 'lepas ni nak tunggu orang baru plak'. Hehe,.Lepas aku post entry tu ja, SMS masuk bertalu2. Tak lupa jugak yang ucapkan tahniah kt kami. TQ semua. Insya Allah, semua tu adalah doa dari kawan2. Apa yang aku maksudkan dalam tu, aku menunggu orang baru, tapi tak tahu bila masanya..hehehe. Relaks2. Belum ada isinya lagi ye. Kalau ada tu, Alhamdulillah. Kalau ada apa2 yang terkini nanti aku war-war kan ye. Jangan risau..huhu

Majlis di Penang

Majlis kat Penang 23 Disember 2012, yakni seminggu selepas majlis kat KL. Lepas majlis sebelah perempuan, aku terpaksa tinggalkan bini aku dan begegas balik ke Penang terlebih awal sebab ayah aku kritikal kat hospital (bini aku menyusul balik Penang jugak tapi dengan family dia). Masa majlis KL pun ayah aku tak dapat datang sebab kesihatan tak mengizinkan. Sedih tu memang la sedih kan. Anak mana yang tak sedih kalau ayah kandung sendiri tak dapat tengok anak dia nikah. Tambahan plak aku ni anak pertama yang kawin dalam family aku. .huhu. Tapi itu la ujian Allah nak bagi supaya kita tabah dan ada banyak hikmah di sebalik kejadian ni. Percaya la cakap aku. Time aku dah sampai Penang, memang agak kelam kabut la jugak jadinya sebab mastermind masuk hospital (ayah aku la tu). Nak kena uruskan itu, uruskan ini. Macam-macam la jugak. Nasib la abang aku kenal gak la dengan orang2 kampung aku. Nak harapkan aku, memang jahanam la. Sebab start dari form 1 kat sekolah menengah, memang aku dah berjauhan dengan family. Aku dok asrama and bila masuk U pun aku sewa rumah dengan kawan2 lain. Bila habis U plak terus kena keja kt KL. Apa2 pun terima kasih la naaaa. Nanti  hang kawen aku tolong balik naaa....hehe. Tak lupa gak la kat sedara mara yang banyak amik berat tentang family aku. Thanks a lot!  

Btw, majlis aku kt Penang ni gotong-royong. Memang agak best la sebab dapat rasa suasana kampung. Ramai la jugak orang kampung datang tolong2. Malam sebelum tu pun ramai gak orang kampung yang datang untuk bersiang bawang, ubi, halia, ntah apa lagi ntah. Tak ingat. Kalau sapa2 kat sini orang kampung, dia tau la apa yang kami buat malam sebelum tu. Penat tu jangan cakap la. Tapi semua penat tu hilang bila kita rasa suasana kerjasama antara satu sama lain. Betul tak??? 

Masa pagi sebelum majlis tu, orang lain semua tengah siap2 memasak and buat semua persediaan, aku pun siap2 nak jemput bini aku kat tempat penginapan (Homestay di Kondominium Mutiara, Bandar Perda - sapa nak contact no bgtau aku) untuk pi ke kedai mak andam untuk mekap. 'Beruntunglah'  bini aku sebab time tu mak andam tengah buat kelas mekap dan beliau dijadikan model tak bertauliah dan ini menyebabkan perjalanan mekap menjadi sangat lambat dan dijadikan bahan ujikaji minda dan sekali dengan aku terheret untuk di mekapkan dan menyebabkan rombongan pengantin perempuan tergendala seketika!! Cis!! Hanyir habis ketiak orang yang dok tunggu kami tengah2 panas kat simpang masuk umah aku tu. Rombongan dah sampai tapi pengantinnya mana?? Haish! Spoil betul la. Bila kami dah sampai kat rombongan pun dah jadi kelam kabut sebab kelewatan kami. Dengan kasut pengantin perempuan ada kat umah aku (padahal pengantin perempuan tak jejak kaki pun lagi kat umah aku), pastu dengan keris aku plak hilang ntah pi mana. Lantak la, janji aku dah sampai. 

Ni gambar kami tengah termengah-mengah baru sampai. See?? Aku punya keris tak dak kan?? Sampin aku tu mak andam yang pakai kan. Dah macam roti canai dah aku tengok.

Orang kampung berzanji dan marhaban.

Sebelum makan. Sodap2 plak makanan tapi tak dak selera nak makan banyak..huhu.
Banting kat belakang tu di sponsor khas oleh Anzur Media, Thanks beb!

Kek pengantin ni plak di sponsor khas oleh tukang jahit langsir mak aku. Anak dia yang buatkan.

Ni nak kata pelamin, tak pelamin. Nak kata tak pelamin, pelamin plak. Kompius aku. Barang yang ada kat belakang aku tu kebanyakannya aku pinjam ja dari sedara mara aku. Jimat kos. Tak payah nak gojes2 sgt. TQ Kak Imah (duapupu aku) dan konco-konconya yang tolong siapkan ni.

Yang berbaju Melayu (kiri) tu Pak Lang (abg ayah aku) yakni, pengganti ayah aku la sebagai Tuan Rumah kedondong daun sireh. Yang baju Melayu (kanan) tu abang aku.

Mak aku yang baju purple yang tengah berlaga pipi tu.

Bila dah selesai makan and bergambar apa semua, aku terus pi hospital melawat ayah aku dengan beberapa family yang lain. Hantam pakai baju pengantin ja. Sebab aku tunjuk kat ayah aku depan2 la yang aku tengah pakai baju pengantin. Dapat gak ayah aku merasa tengok aku pakai baju tu depan2 dia.

Majlis habis dalam pukul 6 lebih gak la. Tu pun ada lagi yang datang. Terima kasih la kepada semua yang sudi hadir pada hari tu. Doakanlah kebahagiaan kami. Rasa agak lega la bila semuanya dah selesai. Aku  tunggu sampai ayah aku betul2 stabil, baru aku balik KL. Tu ja kot nak cerita. TQ kepada yang membaca.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...