Wednesday, October 20, 2010

Rahsia Disebalik Dahi Si Dia...



Tenung, kaji & amati si dia betul
betul kerana kita akan bongkar rahsia dia menerusi dahi!!!

DAHI LEBAR........
Ciri2:saiz dahi XL, lapang lagi luas mata memandang . style="display: inline; ">
Faktor2 Best:Tidak suka 'port' tentang hal peribadi orang lain,berjimat cermat.
Faktor2 kurang: Sering disalah anggap sombong kerana berat mulut untuk memulakan bicara.

DAHI DENGAN JUNTAIAN ANAK RAMBUT.....
Ciri2: rambut terjuntai seolah menetupi dahi
Faktor2 Best: pemurah dari segi tenaga , wang ringgit @ apa saja.
Faktor2 kurang: Mudah cair dengan pujuk rayu, sering diambil kesempatan.

DAHI BENTUK HATI.......
Ciri2: Bentuk seakan huruf 'M'
Faktor2 Best: murah rezeki, kreatif keran asuka berfikir dan berimaginasi.
Faktor2 Kurang: Tidak suka pegang tanggungjawab, tidak pandai simpan rahsia


DAHI JENDOL........
Ciri2: dahi menonjol. permukaan luas
Faktor2 Best: Bertanggungjawab, rajin, aktif, cerdas lagi bijaksana
Faktor2 Kurang: kurang keyakinan pada diri sendiri .lagi satu kalau bercinta,tak ingat dunia.

DAHI BERSEGI....
Ciri2 :Berbentuk seakan petak
Faktor2 Best: Tekun, rajin, mudah beri tumpuan terhadap sesuatu.
faktor2 kurang: dah lah tak pandai bersosial, pilih bulu lak tu

DAHI SEMPIT....
Ciri2 : Bersaiz S, penuh dengan anak rambut.
Faktor 2 Best: Sangat berdikari, tidak mudah putus asa ,cerdik.
faktor2 kurang: yang nie tak banyak kelemahan....sukar mencari pasangan
hidup.

Terbongkarlah satu rahsia disebalik dahi, nampak gayanya, lepas nie kenalah
cover sikit kalau nak keluar, nanti orang tahu lak rahsia kita! apapun ini hanyalah hiburan semata mata yang disampaikan dari mulut ke mulut sejak berdekad lalu..

Tuesday, October 19, 2010

Kenali Bahasa Tubuh Lelaki


Untuk mengenali seseorang lelaki mungkin mudah berbanding perempuan kerana lelaki itu lebih simple. Dengan hanya pergerakan tubuh atau bahasa badan kita dapat mengungkap segala yang ada pada diri seorang lelaki.



1. Menganggukkan kepala
Ketika kamu berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepala itu membuktikan bahawa itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa mengingati kamu. Dia juga mudah memberikan bantuan apabila kamu memerlukan pertolongan.

2. Mendekatkan badan.
Apabila seorang lelaki itu mendekatkan badannya kepada kamu ketika berbual. Dia adalah lelaki yang menarik dan mampu membuatkan ramai orang tertarik padanya. Tetapi sayang, kadang-kadang si dia bersikap keterlaluan.

3. Merenung
Opss! berhati-hati ya. Lelaki jenis ini terlalu mengharapkan pertolongan dari individu disekelilingnya. Sebolehnya dia mahu dirinya 'ditawarkan` dengan cinta, persahabatan dan kerjaya kerana tak mahu sibuk mencarinya.

4. Mengerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang sungguh mendalam. Si dia juga beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta. Oleh itu, setiap gerakan tangan dan badannya adalah bukti kesungguhan dirinya terhadap pasangan. dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

5. Suka berdiri
Apabila bercakap, sia dia lebih gemar berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepetingan dirinya dan pantang mengalah.

6. Memandang mata
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berani berterus terang. Dia sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua pihak, tidak kira sama ada rapat atau tidak hubungannya dengan individu tersebut.

7. Sensitif pada jarak
Apabila berbual, lelaki jenis ini akan duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan seseorang individu itu. Dia amat peka terhadap perasaan individu serta tahu apa yang mereka suka atau tidak

8. Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Namun, sebenarnya si dia seorang yang amat mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah pada dirinya.

Monday, October 18, 2010

Fakta Lelaki vs Wanita...


1. Kebanyakan wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma lelaki yang menentukan jenis jantina bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi lelaki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki dan berat otak lelaki + 1,4 kg, wanita kurang dari itu.


7. Basikal lelaki mempunyai setang/palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat selalu memikir masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).


9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang pinggul untuk proses persalinan. Wanita lebih banyak timbunan lemak pada punggung, Lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan sejuk disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

11. Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan.
Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan dan kiri lebih sedikit pada wanita.
Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

12. Wanita lebih baik indra baunya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor bau.

13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki.

14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.

15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, lelaki dua kali lebih banyak.

16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada lelaki

17. Pada saat usia tua wanita mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebagian besar lelaki mengalami kebotakan.
Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon lelaki ).

18. Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan 'contact lenses', antara usia 16 - 44 tahun.

20. Secara umum hidung lelaki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita mempunyai bibir lebih besar dibanding lelaki.

21. Pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.

22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang banding lelaki. Suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30 % lebih besar.

23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Lelaki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

24. Wanita menghasilkan dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika dalam kandungan, lelaki terus menghasilkan sperma hingga usia tua.

26. Kekuatan meramas tangan lelaki dua kali lebih kuat daripada wanita.

27. Kira-kira 48 % lelaki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.

28. Wanita biasanya 153 saat berada di toilet, lelaki 113 saat.

29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.

30. Satu berbanding empat, wanita dibanding lelaki yang berbicara gagap.

31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.

32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kahwin.

33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/ tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, lelaki langsung menemui, wanita menjauhi.

34. Lelaki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada lelaki.

35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri banding lelaki setelah usia 65 tahun.

36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.

37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet lelaki.

38. Wanita lebih banyak menggunakan kata ganti diri "Saya" berbanding lelaki.

39. Lelaki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logik ) pada waktu bersamaan.

40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah monopous, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan
pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kolestrerol.

41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja berbanding lelaki.

42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.

43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.

44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda lelaki berbanding wanita yang meninggal kerana kanser paru-paru dan penyakit jantung.

45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.

46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.

47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh lelaki, 95 % penghuni penjara adalah lelaki.

48. Penelitian di England, anak lelaki lebih mudah dibohongi /diperdaya daripada anak perempuan.

49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.

50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

Sunday, October 17, 2010

Ujian Beza Otak Lelaki dan Perempuan...


Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…
Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan
dan jangan cuba menipu diri anda sendiri
Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah
dalam masa 15 saat:
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
Dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai
mengira!
OK?
berapa banyak?
Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)
Sila baca sekali lagi!
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan
dibawah ini…
Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada
permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...