Saturday, October 23, 2010

Rahsia Tahi Lalat di Seluruh Anggota Badan


Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu, ia biasa diajarkan dalam kalangan masyarakat Melayu. Maklumat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan sahaja.

  • bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
  • bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
  • bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka
  • bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
  • leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
  • leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
  • leher di tengah - tercapai cita-cita
  • biji mata kanan - suka serong dan pembohong
  • biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
  • hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
  • hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
  • betis kanan - suka berhibur, boros
  • betis kiri - rajin,tidak suka menganggur
  • lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
  • lutut kiri - kurang kuat berusaha
  • kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
  • kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
  • kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
  • kening kanan - cerdas dan cekap
  • kening kiri - cerdas, sopan santun
  • tengah kening - keras hati, berani segala hal
  • hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
  • hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
  • ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
  • ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
  • pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)
  • pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
  • batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
  • pada hidung - banyak rezeki
  • dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
  • dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur
  • kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama
  • di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2
  • tumit kanan - jujur dan banyak kawan
  • tumit kiri - baik budi
  • alis kanan - suka menolong, baik hati
  • alis kiri - ramai yang suka
  • pangkal peha kanan - kemahuan kuat
  • pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
  • telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
  • jari kaki kanan - suka menolong
  • jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik
  • bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
  • bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab
  • lengan kanan - setia dan taat pada atasan
  • lengan kiri - menepati janji dan rajin
  • pipi kanan - ramai teman
  • tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka
  • tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
  • ubun-ubun - kurang jujur
  • pusat - cerdas, tangkas, tekun
  • pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
  • pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan
  • pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
  • pinggang kiri - disayang pasangan hidup
  • dada kanan - dapat mengatasi masalah
  • dada kiri - berani, jujur dan sabar
  • telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
  • telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
  • siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
  • siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
  • jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
  • jari tangan kiri - serba baik bekerja
  • jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
  • jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat
  • perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
  • perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
  • sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
  • sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
  • sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta
  • pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
  • pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
  • kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah,berjaya
  • kelopak mata kiri atas - baik budi, ramai yg suka
  • kelopak mata kanan bawah - agak malas
  • kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana
Maklumat di atas hanyalah untuk 'enjoy2' je k..lepas baca ni mesti suma orang dok check kat mana tahi lalat anda..haha...ok, selamat mencuba!!!

Friday, October 22, 2010

Bahagian Tubuh Yang Paling Beerti..


Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling
penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang
aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi
kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu."
Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah
memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi.

Sejak
jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi,
kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi
semua orang, jadi pastilah mata kita."


Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi
jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari
tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan
jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke
tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih.
Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana
itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku
memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat
tinggal pada datok.

Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh
yang paling penting, sayang?"

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering
berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu,
"Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu
sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu
beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah
memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu
harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh
dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling
penting adalah bahumu."


Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"
Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala
seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.


Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk
menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan
teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila-
bila pun kamu memerlukannya."

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak
menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati
terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.

Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.

Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.

Just because the past is painful, Doesn’t mean the future will be. So never let events from the past,

Change the events for future, or You will be miserable forever…

Thursday, October 21, 2010

Rahsia Mata dan Pemikiran...

gambar hiasan


Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia:

1. Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.


2. Jika renunganya matanya tajam
macam renungan mata harimau ,orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian..


3. Mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata , orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan
kurang pandai dan mudah kena tipu.



4. Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindustan.


5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.


6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. Nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang Jepun memilikinya.


7. Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.


8. Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnye, jaga-jaga orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan dibuat kawan.


# Sekadar bacaan, bukan untuk dibuat pegangan

Kenali peribadi melalui Tulisan (Kajian)-by Dr Fadzilah Kamsah


Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di
bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan style="display: inline; ">
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan


i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak
memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak
memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,
peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang,
berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat
setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan
sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang
perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau
kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)


i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi...
Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi
dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam
hidup...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...