Tuesday, April 16, 2013

My Life - Part 4

Kawan-kawan semua..

Dalam entry aku sebelum ni (My Life - Part 3) sebenarnya nk tulis pasal majlis aku kt Penang. Boleh plak aku blurrr 10jam tak ingat apa yang aku nk tulis. Padahal kt entry tu dah sah2 aku tulis nk update pasal majlis Penang..huh! Nasib la bini aku tegur time balik keja tadi, "Apsal abg tak update pasal kenduri Penang? Janji Dicapati!". Aku : "Owh, yaka (masih blurr). Ok Puan. Nanti akan di update ye". Tapi, sebelum tu nak habaq kt semua, dalam entry sebelum ni aku ada tulis 'lepas ni nak tunggu orang baru plak'. Hehe,.Lepas aku post entry tu ja, SMS masuk bertalu2. Tak lupa jugak yang ucapkan tahniah kt kami. TQ semua. Insya Allah, semua tu adalah doa dari kawan2. Apa yang aku maksudkan dalam tu, aku menunggu orang baru, tapi tak tahu bila masanya..hehehe. Relaks2. Belum ada isinya lagi ye. Kalau ada tu, Alhamdulillah. Kalau ada apa2 yang terkini nanti aku war-war kan ye. Jangan risau..huhu

Majlis di Penang

Majlis kat Penang 23 Disember 2012, yakni seminggu selepas majlis kat KL. Lepas majlis sebelah perempuan, aku terpaksa tinggalkan bini aku dan begegas balik ke Penang terlebih awal sebab ayah aku kritikal kat hospital (bini aku menyusul balik Penang jugak tapi dengan family dia). Masa majlis KL pun ayah aku tak dapat datang sebab kesihatan tak mengizinkan. Sedih tu memang la sedih kan. Anak mana yang tak sedih kalau ayah kandung sendiri tak dapat tengok anak dia nikah. Tambahan plak aku ni anak pertama yang kawin dalam family aku. .huhu. Tapi itu la ujian Allah nak bagi supaya kita tabah dan ada banyak hikmah di sebalik kejadian ni. Percaya la cakap aku. Time aku dah sampai Penang, memang agak kelam kabut la jugak jadinya sebab mastermind masuk hospital (ayah aku la tu). Nak kena uruskan itu, uruskan ini. Macam-macam la jugak. Nasib la abang aku kenal gak la dengan orang2 kampung aku. Nak harapkan aku, memang jahanam la. Sebab start dari form 1 kat sekolah menengah, memang aku dah berjauhan dengan family. Aku dok asrama and bila masuk U pun aku sewa rumah dengan kawan2 lain. Bila habis U plak terus kena keja kt KL. Apa2 pun terima kasih la naaaa. Nanti  hang kawen aku tolong balik naaa....hehe. Tak lupa gak la kat sedara mara yang banyak amik berat tentang family aku. Thanks a lot!  

Btw, majlis aku kt Penang ni gotong-royong. Memang agak best la sebab dapat rasa suasana kampung. Ramai la jugak orang kampung datang tolong2. Malam sebelum tu pun ramai gak orang kampung yang datang untuk bersiang bawang, ubi, halia, ntah apa lagi ntah. Tak ingat. Kalau sapa2 kat sini orang kampung, dia tau la apa yang kami buat malam sebelum tu. Penat tu jangan cakap la. Tapi semua penat tu hilang bila kita rasa suasana kerjasama antara satu sama lain. Betul tak??? 

Masa pagi sebelum majlis tu, orang lain semua tengah siap2 memasak and buat semua persediaan, aku pun siap2 nak jemput bini aku kat tempat penginapan (Homestay di Kondominium Mutiara, Bandar Perda - sapa nak contact no bgtau aku) untuk pi ke kedai mak andam untuk mekap. 'Beruntunglah'  bini aku sebab time tu mak andam tengah buat kelas mekap dan beliau dijadikan model tak bertauliah dan ini menyebabkan perjalanan mekap menjadi sangat lambat dan dijadikan bahan ujikaji minda dan sekali dengan aku terheret untuk di mekapkan dan menyebabkan rombongan pengantin perempuan tergendala seketika!! Cis!! Hanyir habis ketiak orang yang dok tunggu kami tengah2 panas kat simpang masuk umah aku tu. Rombongan dah sampai tapi pengantinnya mana?? Haish! Spoil betul la. Bila kami dah sampai kat rombongan pun dah jadi kelam kabut sebab kelewatan kami. Dengan kasut pengantin perempuan ada kat umah aku (padahal pengantin perempuan tak jejak kaki pun lagi kat umah aku), pastu dengan keris aku plak hilang ntah pi mana. Lantak la, janji aku dah sampai. 

Ni gambar kami tengah termengah-mengah baru sampai. See?? Aku punya keris tak dak kan?? Sampin aku tu mak andam yang pakai kan. Dah macam roti canai dah aku tengok.

Orang kampung berzanji dan marhaban.

Sebelum makan. Sodap2 plak makanan tapi tak dak selera nak makan banyak..huhu.
Banting kat belakang tu di sponsor khas oleh Anzur Media, Thanks beb!

Kek pengantin ni plak di sponsor khas oleh tukang jahit langsir mak aku. Anak dia yang buatkan.

Ni nak kata pelamin, tak pelamin. Nak kata tak pelamin, pelamin plak. Kompius aku. Barang yang ada kat belakang aku tu kebanyakannya aku pinjam ja dari sedara mara aku. Jimat kos. Tak payah nak gojes2 sgt. TQ Kak Imah (duapupu aku) dan konco-konconya yang tolong siapkan ni.

Yang berbaju Melayu (kiri) tu Pak Lang (abg ayah aku) yakni, pengganti ayah aku la sebagai Tuan Rumah kedondong daun sireh. Yang baju Melayu (kanan) tu abang aku.

Mak aku yang baju purple yang tengah berlaga pipi tu.

Bila dah selesai makan and bergambar apa semua, aku terus pi hospital melawat ayah aku dengan beberapa family yang lain. Hantam pakai baju pengantin ja. Sebab aku tunjuk kat ayah aku depan2 la yang aku tengah pakai baju pengantin. Dapat gak ayah aku merasa tengok aku pakai baju tu depan2 dia.

Majlis habis dalam pukul 6 lebih gak la. Tu pun ada lagi yang datang. Terima kasih la kepada semua yang sudi hadir pada hari tu. Doakanlah kebahagiaan kami. Rasa agak lega la bila semuanya dah selesai. Aku  tunggu sampai ayah aku betul2 stabil, baru aku balik KL. Tu ja kot nak cerita. TQ kepada yang membaca.


Monday, April 15, 2013

My Life - Part 3

Tahun baru 2013. Bermulalah episod baru dalam hidup aku. Segalanya baru. Tahun baru, keluarga baru, kerja baru, rumah baru, kereta baru, dan segalanya serba baru. Alhamdulillah, syukur Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah ke dalam hidup aku. Sekadar membuat perkongsian kepada semua supaya boleh dijadikan iktibar.

Bila kita dah senang, i mean kita boleh hidup selesa, jangan sekali2 kita lupakan apa yang menyebabkan kita senang. Samada sokongan keluarga? Kawan2? Jiran2? Haa..yg itu kena tanya diri masing-masing. Muhasabah diri balik. Jangan sampai jadi 'kacang lupakan kulit' plak. Apa yang kita ada pada hari ni adalah kurniaan Tuhan semata2. So, jangan kita sombong, angkuh, atau meninggi diri.

Setakat hari ni, hidup agak okay sikit la. Pi dan balik keja on time. No more overtime okeyhh (kecuali aku outstation la). Kalau keja bank dulu, sabtu ahad kadang2 keja. Bukan kadang2 la, selalu! Sekarang sabtu ahad pun tak lekat kt umah gak. Bukan keja, tapi aku pi jalan2, shopping, tengok wayang. Ada jugak la aktiviti berfaedah (habiskan duit tu berfaedah ka???hahaha). Okay la tu daripada nak kena mengadap keja ja. Stress aku!! Kalau dok umah pun boring gak. Kt umah aku tak pasang astro lagi. Asyik2 tgk tv3, tv9, tv alhijrah. Tu ja channel yg clear. Yang lain semua hampesss. Kadang2 aku layan ja Running Man dalam external hard disk dengan bini aku. Bergelak la kami dua orang. Aku tengok hang, hang tengok aku..hahahah!!

Semua kt atas BARU. Lepas ni nak tunggu 'orang baru' plak. Ok bai

Friday, April 12, 2013

My Life - Part 2


Tanggal 14 Disember 2012, Jumaat malam sabtu, aku selamat diijabkabulkan oleh bapa mertua aku sendiri. Alhamdulillah. Secara rasmi dah menjadi suami kepada Nur Liyana bt Ibrahim. Hubungan kami agak lama gak la. Sejak study kt UiTM Kedah dulu2 time diploma. 

Petang nikah tu, aku boleh relaks ja lagi. Macam tak rasa apa2 sebab malam tu nak nikah. Boleh plak kuar makan2 ngn sedara mara aku. Lepak2, sembang2 kosong. Bila sampai ja kt surau yang aku akan dinikahkan tu, MasyaAllah...... Mengucap panjang aku.. Istighfar banyak2. Fuhhhhh, peluh keluar macam nak banjir ja dalam surau tu. Muka aku ni, kalau toreh dengan pisau pun tak keluar darah..hahahaha! Tudia, punya dasatnya time tu (hyperbola ja lebih). Berderau darah aku. Masa aku kena sunat umur 7 tahun dulu pun tak pernah rasa macam ni..hahaha.. Masa aku duduk dengan Tok Kadi kt depan tempat Imam tu, punya la ramai orang dok tengok aku. Memang lagi bertambah2 la aku punya seram sejuk tu. Semua orang dok bisik2 sok..sek..sok..sek... Sampai aku pun dah jadi tak senang duduk. Hensem sgt ka? Atau macam artis? HAHAHAHAHAHAHAHAHA (perasan nak mamposss!!). Tapi, syukur la kadi tu memang tak tanya aku soalan langsung. Kot2 nak tanya rukun Islam ka, rukun nikah ka. Aku sebelum tu siap menghafal lagi semua soalan2 spot. Siap buat nota lagi. Siap letak dalam poket seluar lagi masa pi keja. Pendek kata, memang aku all out la. Bila dia tanya ja aku samada nak mulakan terus ke tak, aku terus je angguk kepala cepat2. Aku kalau boleh memang nak habiskan semua tu cepat2. Tak tahan menanggung azab nihhhh. 

 Berpeluh-peluh sampai aku mintak mak aku bedakkan aku. Tak pernah2 aku letak bedak kat muka.


 Buat muka macho konon2 nya la.


 Saat diijabkabul.


Fuhhh..muka lega beb...

Bapak mertua aku yang nikahkan aku. Alhamdulillah, sekali lafaz ja. Itu pun jenuh aku praktis hari2 selama beberapa bulan. Hahaha! Elok2 ja habis nikah tu, kadi suruh aku bacakan taklik. Aku baca la macam biasa. Buat2 macam cool ja. Yela, dah setel dah nikah. Habis ja baca tu, tiba2 pulak kadi tu tanya aku maksud bulan qamariah (salah satu perkataan dalam taklik tu la). Terus tiba2 aku jadi gabra. Padahal 5 tahun aku belajar bahasa Arab kat sekolah dulu. Terkial-kial la jugak aku time tu dok memikio apa kebendanya tu. Pastu ada pakcik sebelah aku yg pakai baju pink tu bisik kat aku, "Bulan Melayu la". Aku pun dengan penuh konfiden dan bangganya menjawab Bulan Melayu!! Dengan tak semena-menanya, semua umat manusia yang ada kat dalam surau tu gelakkan aku. Adoyaiiii, malu wehhhh... dah la aku cakap pakai mikrofon. Boleh kata satu flat tu boleh dengar kot. Aku pun nk cover malu, buat muka selamberr ja la. Kadi tu cakap maksudnya bulan Islam. Aishh, itupun tak boleh nak ingat ka Izzul weii. Habis ja akad nikah, terus aku tukar baju untuk malam berinai. 

Ni baju yang aku pakai time selepas nikah. Kaler brown. Cantik kaler tu. Aku suka.

Muka aku macam senyum tak senyum ja. Mana tak nya. Penangan nikah tadi belum habis daaa..huhu. Habis ja majlis ni, aku terus balik ke tempat penginapan aku dan family. Maklumla, esoknya plak nak kena datang lagi untuk bersanding. Esok nak bersanding aku dah ok dah. Agak stabil la jugak berbanding semalam. 

Yang ni pulak baju aku bersanding keesokan hari. Sabtu 15 Disember 2012. Kebetulan jatuh pada hari lahir aku....

Yang ni pulak duapupu aku merangkap pengapit. Still available yah!

Kebetulan pulak majlis ni ada dua pasang pengantin. Agak meriah gak la.

Majlis semua berjalan dengan lancar dan,..NEXT!! Tunggu entry majlis sebelah aku pulak (Penang).

My Life - Part 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Pertama skali, syukur Alhamdulillah setelah lama aku nk menulis balik dalam blog ni, akhirnya hari ni tercapai jugak....padahal pemalas!! Cait!!

Sebenarnya sepanjang blog ni sunyi, macam2 benda yg terjadi dalam hidup aku. Ada yang pahit, ada yang manis, ada yang suam2 kuku. Entry kali ni bukanlah untuk post benda2 yg menarik sangat pun. Cuma nk ceritakan balik apa yang dh terjadi dalam hidup aku setakat hari ni tapi bukan semua tau. Aku akan post satu2 la. Nak suruh post semua skali, jenuh tcabut la jari aku ni. 

Seingat aku la, post aku yang terakhir skali bulan 8 tahun 2011. HUHUHU.. Lama dah tu. Itu pun post tentang aku marah kt anon yang belagak bagus. Almaklumla, aku ni darah muda. Tapi sekarang tak pa. Wa dah okay beb.. tapi tak tau la lepas ni apa  benda yang nak jadi plak kan..hikhik.. Aku buat semua entry2 ni bukan nk jadi blogger terkenal, atau nk tarik perhatian, tapi aku lebih nak meluahkan apa yg ada dalam isi hati ni supaya kita sama2 boleh kongsi untuk panduan dan pengajaran. Cewahh!! Ayattttt!!!! Puih!! Kadang2 kita kena gak la letak benda2 yang dapat kurangkan tekanan mcm cerita2 lawak ka, gambar2 lawak ka, kannn??? Biaq la orang nak cakap aku ni syok sendiri ka apa ka, janji hati aku senang dan aku tak kacau sapa2 punnn adoiii...

Orait!! Back to the topic! Ceritanya camni. Aku stop blogging sebab aku terlalu sibuk dengan kerja. Tambahan pulak aku 1st time kerja kt negeri orang. Sebelum ni dok bawah ketiak mak ja. Kt umah sewa pulak tak dak internet. Laptop pun dah sampai jahanam dah sebab dh lama tak guna. Nak harap kt internet henfon ja la. Itu pun dok on9 facebook ja. Mana la ada masa nak bukak2 blog segala bagai ni. Sekarang ni ja aku dapat kemas2 balik blog ni sebab kt office baru aku ni bila2 masa boleh on9 dan kat rumah aku pulak dh ada wifi free..hehehe

Hijrah

Aku behijrah ke KL ni pun sebab aku dapat tawaran keja sebagai pegawai bank dengan CIMB. Adik Najib Razak punya bank woooo.. Opis aku kat Jalan Raja Chulan Branch kemudian berpindah ke Jalan Tun Perak Branch (yg ada sotong besar kt atas tu). Tapi janganlah kalian2 semua pandang orang keja bank ni semuanya banyak duit. Boleh hidup mewah, pakai keta besar, rumah besar. PADAHAL?? Sama ja macam gaji orang lain. Cuma bila orang dengar keja bank ja..uishhh, dia ni mesti banyak duit. Sebenarnya, ni aku nk bagitau nih. Keja bank tu lebih kepada KEHIDUPAN GLAMOUR ja. Dan orang akan pandang pun sebab dalam bank kan tempat orang simpan banyak duit. So, orang yang keja tu mesti banyak duit. NOPE!! You are totally wrong!! Keja sampai malam okeyhhh. Orang lain aku tak tau la. Tapi pengalaman aku memang mcm ni. Keje overtime tak boleh claim okeyhhh. Dan bila banyak berhadapan dengan pelbagai ragam customer ni, kita baru tau erti kehidupan yang sebenar. Seronok jugak tengok mcm2 jenis orang yg ada kt dunia ni. Tapi kejanya,...OMG, tensenn pakcik!!

Lebih kurang setahun lebih aku kat situ, makanya patik pun me"resign"kan diri atas sebab2 tertentu. Tak boleh cerita kt sini. Nanti Nazir Razak (CEO) takut plak tembelangnya pecah..huahuahua! Kemudian, aku lompat masuk ke bank lain iaitu Standard Chartered Bank - Scope International. Pada pendapat aku la, bank luar negara lagi baik dan bagus dari bank Malaysia ni. Sebab?? Pekerja lebih diberi perhatian walaupun kadang2 ada yang tak puas hati. Tapi itulah pendapat jujur aku. Yang lain2, no comment. Nanti ada yang marah..hikhik. Aku kat bank ni sebagai Operation Officer. Memang keja aku ni 100% tak berhadapan langsung dengan customer. Memang sangatttt bahagiaaaaaaa. Aku diletakkan di unit Credit Card & Personal Loan - Malaysia. Keja aku hanyalah proses credit card application. Tu ja. Keja senang, tapi biasala. Mesti ada daily target dan keja sampai malam. Aku okay ja sebab belum kawin lagi.

Lebih kurang 4 bulan aku kat situ, aku dapat surat tawaran keja kerajaan kat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kt ibu pejabat, Puchong. Memang hati ni gembira yang tak dapat digambarkan dengan kata2. Syukur Alhamdulillah. Berkat usaha doa mak ayah dapat juga apa yang dihajati. Dan berita gembira ni juga dikongsi sempena hari berbahagia aku di pertengahan bulan 12 tahun 2012. Aku melapor diri pada awal Januari 2013. Orang cakap, rezeki kawin. Dan berakhir la dunia BANK aku. No glamour glamour okeyhh. Semua tu tak penting, janji hati aku senang dengan tempat keja sekarang. Sabtu Ahad tak payah sibuk2 nak bangun pagi pi keja. Relax ja bantai tidoq. Best!! Orang kata, biarla keja tak glamour macam aku keja IKAN ni, janji hati senang. Aku lagi suka keja ikan ni. Boleh berkenalan dengan ikan. Antara hobi aku membela ikan suatu ketika dulu. Cukup time ja, terus punch card balik rumah. Tak payah nk buat2 rajin keja..hahaha!! Mulut jahat!! 

Okay la. Panjang sangat ni. Penat plak nak membaca. Nanti aku sambung dalam entry lain ok. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...