Saturday, October 16, 2010

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan...


Keayuan gadis tidak hanya terletak pada paras rupa. Ianya merupakan gabungan segalanya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Berikut merupakan diantara cara-cara bagaimana untuk gadis mengekalkan keayuan mereka:

1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.
style="display: inline; ">
3. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti "tolong" serta "minta maaf".
Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4. Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7. Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11. Menjaga kehormatan.
Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12. Menjaga sikap.
Taat beragama. Jangan bohong.

13. Jauhi dari merungut.
Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain

Rahsia Keserasian Pasangan Mengikut Urutan Kelahiran


Percaya atau tidak, orang-orang tua memang selalu menghubungkan hari dan tarikh kelahiran , mahupun urutan kelahiran kita dalam hal jodoh dan keserasian pasangan.. Jika kombinasinya tidak sesuai, dengan cepat mereka mengatakan si dia bukan jodoh kita. Benarkah demikian?

Sekadar ingin tahu, tak ada salahnya anda mengetahui kombinasi seperti apakah yang baik menurut para orang tua zaman dulu? Siapa tahu ada persamaan dengan hubungan anda dan si dia saat ini? Kononnya, kombinasi
style="display: inline; ">hubungan yang sesuai adalah anak tunggal berpasangan dengan si bungsu, si sulung dengan si bungsu, si tengah dengan si bungsu. Kombinasi lainnya adalah sebagai berikut:

Konon katanya pasangan ini akan mengalami masalah-masalah dan kesulitan untuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih menyenangkan.


Si Sulung dengan si Tengah
Katanya si tengah memiliki kepandaian untuk menyenangkan pasangannya. Selain itu juga si tengah ini merupakan pasangan yang secocok bagi siapa saja dan mudah diajak berbincang

Si Tengah dengan si Tengah
Memiliki potensi untuk serasi di antara satu sama lain. Meskipun keduanya si tengah, namun bila salah satu lebih cenderung bersikap sulung dan yang lainnya agak kebungsuan, keduanya merupakan pasangan yang serasi.

Si Tengah dengan si Bungsu
Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderungan ke sulung. Jika si tengah memiliki sikap tengah, mungkin saja dia akan terpengaruh dengan gaya hidup si bungsu yang suka akan keseronokan serta menimbulkan masalah seperti pernikahan si bungsu dengan si bungsu.

Si Sulung dengan si Bungsu
Kombinasi paling bagus, si sulung dapat mengajar si bungsu bagaimana mengurus hidup dengan lebih baik dan serius. Si bungsu akan dapat mengajarkan si sulung bahawa wajar saja bersenang sekali-kali.

Si Bungsu dengan si Bungsu
Berhati-hatilah kerana anda berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitu suka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan, maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.

Anak Tunggal dengan anak Tunggal
Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga diperlukan banyak waktu untuk hidup rukun dan saling mendukung.

Paparan di atas hanyalah mitos dan kepercayaan dahulukala. Percaya atau tidak, semuanya kembali pada diri anda.

Rahsia WanitaMengikut Kedudukan Dalam Ahli Keluarga

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga. style="display: inline; ">
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii)
Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii)
Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv)
Angin - keempat, kelapan, kedua-belas


Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.


Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.



Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.



Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan

Friday, October 15, 2010

Jawapan Logik untuk Soalan yang Logik...


SAM: Kenapa kau cakap minum susu segar
boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah
minum, lembu tu terajang aku. Nasib
baik tak mati.
============ ========= ========= =====
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2
Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang
dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2
Ringgit!!
============ ========= ========= =====
SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau
mati lemas? Mana kau tau dia mati
lemas?
DOL: Sebab aku jumpa ia mati dalam
air!
============ ========= ========= =====
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut
tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam
jer....
============ ========= ========= =====
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa
masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam
apasal?
DOL:
Kan aku kata, sebab gula dah
habislah!
============ ========= ========= =====
SAM: Aku tengok kau beberapa hari
ini "candle light dinner" dengan bini
kau, mesti dia suka.
DOL: kena marah adalah! Api rumah aku
dah kena potong lah, lupa nak bayar
bil elektrik!
============ ========= ========= =====
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat
Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9
orang, semua tak ada aids, kau orang
ke 10, tak payah tanya, aku dah
tahu...
============ ========= ========= =====
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau
makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena
banyak berlatih agar dapat Batuk
dengan lebih baik lagi.
============ ========= ========= =====
SAM: Dah dua kali perompak yang sama
datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,
jangan pasang signboard "SILA DATANG
LAGI"...degil!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...