Tuesday, January 21, 2014

Persembahan Air Pancut Berirama, Kota Kinabalu

Buat sapa-sapa yang pernah tengok air pancut berirama kat KLCC, haaa kat Sabah pun ada gak tau. Kalau sapa yang mai Kota Kinabalu naik flight AirAsia mesti turun kat KKIA Terminal 2. Kat situ memang senang dah nak nampak Perdana Park (tempat air pancut). Betul2 kat pintu gerbang besar nk menuju ke pantai Tanjung Aru. Perdana Park tu tempat orang dok joging petang2. Kalau malam depa bukak untuk pertunjukkan air pancut. Masuk free ja. Cuma kena bayar parking kereta ja.


Ni dia depan pintu masuk.


Jadual persembahan ar pancut. Nampak kabur skit sebab masalah hp murah..kahkahkah..start pukul 7 malam sampai pukul 9 malam. Pandai2 la ampa tengok nohhh...




Nampak tu?? Kalau bawak budak2 mesti depa suka ni.


Kalau agak2 lapar ja, tak payah risau. Kat dalam tu ada kedai makan. Tapi yg jenis mahal2 skit la macam Secret Recipe, pizza dll. Ni la salah satu tempat orang bawak family beriadah nk hilangkan stress keja ka apa ka. Sambil2 tu boleh la tengok kapalterbang atas kapla.

Sunday, January 12, 2014

Roti Nan di Sabah

Kat Sabah ni especially kat KK la,  gila bapak kau susah nak cari kedai mamak yang ada Roti Nan. Aku tak tau la kot sapa2 yang tau kedai lain. Tapi aku jumpa satu kedai ni ja yang ada buat tu.

Nama kedai tu Taliban Food Centre. Kedai tu kat area2 Terminal Bas Inanam. Tu ja landmark yang paling senang. Kalau nampak bas ekspres banyak2 tu, kira dia la tu. Cari ja kedai sekitar tu. Mesti jumpa.

First sekali impression aku macam, "eh, betul ka kedai ni?". Sebab kedai tu takda la nampak sangat macam mamak. Sebab aku pun taktau nak masuk kedai tu kategori kaum apa. Tapi HALAL okehh. Mula2 aku tengok kuah kari, bau kari tu boleh tahan sedap. Bila rasa bertambah2 la sedap. Roti nan tu pun ok ja aku tengok. Boleh la dari takdak langsung. Aku order Cheese Nan. Sedap!

So, agak2 sapa yang nak rasa roti nan kat KK ni, Taliban Food Corner is recommended!


Sent from Blogger on Android

Thursday, January 2, 2014

Happy New Year 2014

First time sambut new year kt Sabah. Malam tu saja ajak bini aku tengok bunga api. Pukul 9.00 pm kami dah keluar rumah menuju ke Tanjung Lipat. Bila sampai ja situ, mak aihh.. Punya la ramai manusia kat situ. Padahal awal lagi ni. Siap ada Tamu lagi. Tamu tu kalau kat semenanjung lebih kurang pasar malam la. Ntah berapa kilometer aku menapak pun tak tau la.

Apa yang aku nampak kat sini, orang2 sini sambut New Year agak meriah la. Tak konsert pun tak pa, janji happening. Seronok tengok semua orang bawak family. Siap ada yang BBQ lagi. Dah tu, siap pasang khemah lagi utk bermalam kat situ. Ini baru la betul2 enjoy. Student2 pun ramai jugak la. Aku tengok orang Sabah ni macam sporting ja semua..hehe.. Why?? Aku ambik satu contoh, depa ada jual lampu kelip-kelip Mickey Mouse atas kepala tu. Ramai la jugak yang pakai menatang tu. Tak kira tua atau muda. Kalau aku, segan oii..haha

Tepat jam 12 tgh malam, bunga api pun berdentum dari segala pelusuk tempat. Syahdu ja aku lepak tepi pantai sambil tengok tu. Pada masa yang sama, orang yang tengah sangkut jem tu pun ramai2 bunyikan hon masing2 tak kira la kereta, bas, lori dan lain2. Wahhh, aku rasa dah macam pilihanraya kat rumah aku plak..kehkeh. Yang bestnya, kapal-kapal kat tengah laut pun sama2 naik kepala.
Dah beberapa minit, aku pun chow. Risau gak aku malam tu. Masa aku otw ke pantai ada roadblock Abam J. Nasib baik la masa balik depa dah sama2 balik. Dah la kereta aku tak berapa nak lepas.. Ok lah, tunggu post Happy New Year 2015 plak..kahkahkah

Tuesday, December 24, 2013

Mesyuarat dan Family Day LKIM Sabah

Hari Jumaat minggu lepas opis aku ada buat mesyuarat kat Kundasang. Sambil2 tu, buat la sekali Family Day kat sana. Aku pun bawak la bini aku. Kesian kat dia 4hari kena tinggal dengan aku sebab sebelum tu aku ada mesyuarat kat Manjung, Perak. Aku balik dari Perak hari Khamis, hari Jumaat esok tu terus shoot pi Kundasang. Letih sikit la. Tak sempat nak bernafas aku.


Mesyuarat aku tu buat kat Sri Kinabalu Resort. Plan asalnya opis aku tempah bilik untuk ahli2 mesyuarat sahaja. Tak boleh bawak family sebab bilik cukup2 untuk ahli mesyuarat. Maklumla cuti sekolah. Semua hotel fully booked. Bila aku pikir2 balik, apa jadahnya buat family day tapi tak boleh bawak family. So, setelah dibincang balik, semua bersetuju siapa nak bawak family kena cari hotel berasingan. Nasib baik la kami ada wakil yang tolong carikan hotel. Aku dapat hotel baikkk punya. Nama hotel aku tu Mount Kinabalu Herritage Resort & Spa. Aku amik standard room. Rate hotel tu ok la RM160/night. So aku duduk 3 hari 2 malam yakni RM320. Aku guna government rate. Hotel tu memang betul2 kat Pekan Kundasang. Tapi kena naik bukit sepanjang 1km dari pekan tu. Kiranya hotel tu atas bukit la. 

 Aku dapat view Gunung Kinabalu ni time aku stop kat tepi jalan otw nak turun bukit dari hotel aku.


 View ni dari bilik aku. Nampak sikit2 ja gunung tu sebab aku dok kat tingkat 4. Kawan aku yang dok tingkat 8 cakap bilik dia memang nampak view jelas gunung tu. Aish, jeles aku!


Landskap hotel tu. Cantik.

FYI, hotel ni pun ada sediakan chalet. Siapa2 yang teringin nak dok chalet tu, boleh la booking siap2. Cantik chalet dia. Memang mengadap gunung. Next time kalau aku mai sini nak tidur, memang aku amik chalet tu je la.
Belakang bini aku tu la chalet yang aku cakap tu.


 View gunung dari Pekan Kundasang.



Yang bawah khemah putih tu, orang tengah pukul bola golf. Sapa dok kat padang bawah tu memang 'mendapat' la dia..hahaha


 Gambar ni amik sebelum pi dinner kat Sri Kinabalu. Ni la gambar dalam hotel tu..hehe. Motif??


 Kena incharge sukaneka.


 Belakang tu gunung tapi tak jelas sangat sebab awan tebal.


Sebelum balik, singgah lunch dulu kat kedai makan depan parking pintu masuk Kinabalu Park. Tak ingat nama kedai tu. Tapi milik Koperasi Lembaga Pemegang Amanah Taman-taman Sabah. Kerajaan negeri punya jabatan.

Lepas makan, lepak2 sat kat tepi tu. Menghirup udara sejuk sambil tengok pemandangan bukit-bukau.


Pukul 1.30 petang baru aku gerak dari situ. Seperti biasa, jalan raya memang berkabus. Kepada yang pasang hajat nak sampai ke situ, dinasihatkan berhati-hati ye. Kena banyak bersabar. Situ banyak lori besar2 lalu-lalang. Sebab jalan ke Kundasang tu memang jalan utama nak ke Sandakan, Semporna, Lahad Datu, Tawau dan lain-lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...